Selasa, 19 Jun 2012

Selangor rampas premis jika dalangi kerja maksiat

Wartawan Sinar Harian

Selangor rampas premis jika dalangi kerja maksiat
Datuk Khusrin Munawi
 
 
PETALING JAYA - Kerajaan Negeri Selangor akan menguatkuasakan sistem akujanji ke atas pengusaha rumah urut dan pusat siber bagi mengelak pihak berkenaan mendalangi aktiviti  tidak bermoral di premis masing-masing.            

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi berkata, akujanji itu  membolehkan kerajaan negeri bukan setakat menyita barang tapi merampas bangunan yang menempatkan premis yang didapati terbabit dalam kegiatan tidak bermoral di bawah akta kanun tanah negara.                                                  
"Akujanji ini kita akan mulakan sedikit masa lagi di mana ia akan dilaksanakan oleh  seluruh PBT di Selangor," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Penguatkuasaan PBT Malaysia 2012, hari ini.

Tiada ulasan: