Seorang
tukang kayu yang sedang membaik pulih siling asrama sebuah sekolah di
Kulim, terkejut apabila ternampak satu lembaga di atas siling.
Dia yang
tidak mahu dikenali berkata, dia segera merakamkan imej lembaga itu yang
ketika itu berdiri dan memerhatikannya.
Dia kemudiannya memaklumkan
kepada Sinar Harian berkenaan kejadian terbabit.Menurutnya, ketika
gambar itu diambil, lembaga misteri berukuran 15 sentimeter tinggi itu
seakan-akan sedang bergayut.
“Apabila imejnya sekali lagi cuba dirakamkan ia terbang dan hilang,” katanya.
Imej itu kemudiannya ditunjukkan kepada seorang pengamal perubatan tradisional.
Pengamal perubatan itu berkata, lembaga itu adalah pelesit yang tinggal di atas bumbung asrama terbabit.
Menurutnya,
pelesit digunakan sebagai alat perantaraan dan boleh dijadikan orang
suruhan serta sering digunakan oleh pengamal perubatan yang mengamalkan
ilmu sihir.
“Pelesit ini mempunyai keluarganya sendiri. Kadang-kadang ia bertiga dan adakalanya ia hidup berlima.
“Pelesit ini mempunyai keluarganya sendiri. Kadang-kadang ia bertiga dan adakalanya ia hidup berlima.
“Pelesit
juga mempunyai ibu bapa seperti kita. Mereka ini akan menjadi orang
suruhan atau orang perantaraan bagi mana-mana pengamal ilmu sihir,”
katanya.
Menurutnya, ia juga boleh mengakibatkan seseorang hilang ingatan seperti terkena histeria.
“Secara umum, pelesit bukanlah satu makhluk yang baik dan boleh dijadikan pendamping.Makhluk seperti ini mampu menyesatkan akidah orang ramai,” katanya.Sumber: Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan