Aspan Alias
Dua
hari yang lepas beberapa orang penggiat Umno dari dua bahagian di
Negri Sembilan datang menemui saya untuk berborak-borak kerana sudah
begitu lama tidak bersua. Mereka adalah AJK kepada Umno
bahagian-bahagian tersebut dan mereka datang dengan hajat untuk belanja
saya minum petang. Saya menerima mereka dengan senang hati walaupun
saya sudah meninggalkan Umno buat selama-lamanya.
Hampir
dua puluh tahun tidak berjumpa mereka kerana sebelum saya menyertai
DAP saya sudah tidak lagi bergiat dan mengambil tahu tentang apa yang
berlaku di dalam Umno itu. Walaupun saya tidak mengambil tahu, berita
dan cerita sebenarnya yang berlaku di dalam Umno itu tidak putus-putus
sampai kepada saya melalui mereka-mereka yang datang berjumpa dengan
saya di Subang Jaya, kariah tempat saya tinggal sejak tiga puluh tahun
yang lalu.
Sampai
sahaja mereka di restoran yang dijanjikan itu mereka terus menerpa dan
berjabat tangan dengan saya dan cara mereka berjabat tangan itu
membayangkan yang kami pernah berhubung begitu rapat suatu ketika
dahulu. “Mano abang poie selamo ni… tak donga coghito langsung
sampailah sayo terbaco dalam sughat khaba yang abang masuk DAP,” tanya
salah seorang yang berumur dalam lingkungan 50 tahun itu.
Saya
menjawab: “Ado kek ghumah, jago cucu-cucu. Kau sumo oghang bosa-bosa,
tak ingat kawan lamo laie. Den duduklah ghumah. Den donga kau sumo eh
glamour-glamor dengan bush jacket dan mewah-mewah. Laie pun den donga
NS sekarang hebat. Mat Hasan den donga MB yang paling hebat dalam
sojarah NS.”
“Janganlah
monyindir bang, Mat Hasan tu kok ada duo bahagian yang nyokong pun
untung. Mat Hasan tu sombong bang. Pilihanrayo kali ni sayo donga dio
laie yang lead bang! Kito donga jo jorit eh nanti,” jawab sindiran saya
tadi.
“Kalu
tidak Mat Hasan siapa lagi yang nak lead PRU untuk NS ni jang?” tanya
saya. “Baik koh, bughuk koh Mat Hasanlah yang patut lead,” tambah saya.
“Lantak dio oghang lah bang, sayo ni dah putus harapan dah dongan Umno ni. Ontah apo-apo beghak eh! Mengontam sesamo sondighi. Mat Hasan kaki eh tak tococah ko tanah. Dio oghang kayo, tak buleh ditogor bang. Tah apo pesen eh pun sayo tak tahu. Dio sokaghang asyik ngondem abang jo kojo eh!!” sambungnya.
“Lantak dio oghang lah bang, sayo ni dah putus harapan dah dongan Umno ni. Ontah apo-apo beghak eh! Mengontam sesamo sondighi. Mat Hasan kaki eh tak tococah ko tanah. Dio oghang kayo, tak buleh ditogor bang. Tah apo pesen eh pun sayo tak tahu. Dio sokaghang asyik ngondem abang jo kojo eh!!” sambungnya.
“Tak
apolah dio kondem den jang, dio tu overestimate dighi dio. Dio bolom
pun kona mano tangan kanan untuk makan dan mano tangan kighi untuk
cebok pun. Kalu dah lotih mulut eh ngondemkan den, biar buntut dio lak
yang becakap. It does not have any consequence on me. It doesn’t hurt
me. It only hurts himself,” kata saya.
“Then what
do you want me to do bang, tell me. Umno, especially in Negri is real
sick and it’s terminal bang,” tanya kepada saya.
“Just keep
perpetual contact with me, and I shall tell you what to do bro when
the time comes,” jawab saya. “Now let’s just eat and drink as I have
not been in this kind of restaurant for ages. It is so comforting to be
here, in good and super-class restaurant like this,” kata saya.
Walau
bagaimana pun kami tetap bercakap tentang politik NS dan bermacam-macam
yang saya dengar dalam dua jam bersama rakan-rakan lama saya ini. Yang
nyata pemilihan calon merupakan isu besar di NS.
Kata
sahabat lama saya itu, “pemilihan pemimpin di NS adalah pemilihan di
antara kumpulan yang buta.
Yang hendak diganti pun buta dan yang hendak
mengganti pun buta. They have lost the total plot on how to manage
politics in this trying time. I think BN is going to lose altogether
bang. No one is saying well about Umno any longer except Utusan and TV3
as well RTM bang.”
Saya melayan sahaja sahabat-sahabat lama yang merengek tu dengan baik dan hormat kerana saya memahami perasaan mereka. Saya mengalami apa yang mereka alami berdekad-dekad lamanya. Tetapi saya telah terlepas daripada tekanan itu kerana saya telah menjauhkan diri dari parti yang amat berat untuk jaga itu.
Saya melayan sahaja sahabat-sahabat lama yang merengek tu dengan baik dan hormat kerana saya memahami perasaan mereka. Saya mengalami apa yang mereka alami berdekad-dekad lamanya. Tetapi saya telah terlepas daripada tekanan itu kerana saya telah menjauhkan diri dari parti yang amat berat untuk jaga itu.
Saya telah
menyedari keadaan itu begitu lama dan saya faham tidak mungkin kita
dapat menolak arus perubahan dalam pemikiran rakyat negara ini. Saya
akui ini adalah fenomena yang biasa mana-mana negara hadapi. Setelah
sesebuah parti itu memerintah selama 5 dekad, selalunya parti itu
dengan cara “natural” akan jatuh bergelimpangan di hadapan mata rakyat
jelata.
Jika Umno
mengambil giliran untuk jatuh, apa anehnya? Lagi pun jatuhnya Umno itu
bukannya kerana kesalahan sesiapa. Ia akan jatuh kerana kesalahan
pimpinan dan penyokong-penyokongnya sendiri yang telah buta mata-mata
hati itu. Macam mana tak gitu. Yang benar disalahkan dan yang salah
dihalalkan.
Kemenangan
bukan hak Umno semata-mata. Ia adalah hak kepada pihak yang kaya
dengan daya perjuangan dan kemampuan untuk menjaga serta mengurus
negara dengan baik dan memberikan keuntungan kepada rakyat, empunya
negara ini.
Negara ini
bukan kepunyaan Najib dan Rosmah sahaja atau kepunyaan Mahathir
Mohamad seperti yang cuba diintroktrinasikan oleh Umno. Kito yang punyo
nogoghi ni.— aspanaliasnet.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan