Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Seri Idris Jusoh berkata perpaduan antara dua kaum terbesar itu amat diperlukan dan sekiranya mereka dipisahkan akan rosaklah keamanan yang telah wujud sekian lama di negara ini.
"Orang Melayu telah mengenali kaum Cina sekian lama dan begitu juga sebaliknya, oleh itu perpaduan dua kaum itu perlulah dikekalkan supaya negara terus aman dan maju serta kedua-dua pihak dapat menikmati kemakmuran secara adil dan saksama bersama-sama," katanya.
Idris yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Jerteh berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat Cina yang diadakan di sini petang ini. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan