Oleh : SHAIMON S JUMADI (sabahkini)
KEBANYAKAN
ahli politik yang menyertai parti-parti pembangkang seperti PKR, PAS,
STAR dan DAP 70; kebanyakan mereka mensasarkan dipilih sebagai calon
parti masing-masing pada pilihanraya umum akan datang.
Dengan
pelbagai alasan yang mereka cipta termasuk mempunyai pengaruh, sedangkan
pada dasarnya ada yang belum menjadi ahli mana-mana parti tetapi begitu
ghairah mahu melobi calon.
Kejadian cantas mencantas dan potong
jalan adalah perkara lumrah kerana gunting dalam lipatan sudah membudaya
dalam politik Sabah sehingga kebanyakan parti pembangkang kecundang
sebelum berjuang.
'Pendatang Baru Politik' (PBP) ini telah
menafikan hak ahli parti yang telah berjuang bermati-matian sejak 10
hingga 15 tahun lalu dengan mengorbankan harta benda dan mencurah
keringat dan air mata dengan 'mengigalkan' diri mereka sebagai 'Calon
Popular' yang boleh menang atau mampu menumpaskan lawan.
Contoh
paling ketara ialah PKR Batu Sapi kerana Timbalan Ketua Bahagian yang
juga Mantan Ketua Penerangan AMK PKR yang paling lantang bersuara,
Zainuddin Hassan yang telah berjuang sejak 17 tahun lalu diketepikan
begitu sahaja sejak beberapa pilihanraya lalu termasuk pilihanraya umum
ke 12 dan pilihanraya kecil parlimen Batu Sapi.
Begitu juga di
Semporna, ribut dalam cawan terus bergolak yang memberi peluang kepada
pemimpin UMNO menanam lalang kerana secara tiba-tiba, anak kepada
penyokong kuat UMNO, Dr Zamri dan bukan ahli PKR tiba-tiba muncul
berceramah di sana sini kononnya mahu bertanding sebagai calon PKR di
kawasan Parlimen untuk menentang calon UMNO.
Penyokong
PKR mula tertanya-tanya apa jasa dan pengorbanan Dr Zamri kepada PKR
selama ini dan kenapa tiba-tiba berhasrat mahu jadi calon PKR di kawasan
Parlimen sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan Ahli-Ahli
Jawatankuasa Cabang PKR Semporna.
Kebanyakan AJK Cabang tidak
pernah mempersoalkan siapa calon yang dipilih nanti kerana yang pastinya
calon itu menang pada pertandingan itu nanti, tetapi banyak faktor yang
perlu diambil kira.
Membuka peluang kepada PBP, kata mereka sama
ertinya tidak mahu PKR memenangi kerusi berkenaan kerana mengundang
perbalahan dan perpecahan sehingga ahli berpaling tadah.
Perbuatan
khianat PBP, terutama yang tidak telus sebagai calon dalam mana-mana
parti memang sudah wujud sekian lama. Katakanlah jika Dr Zamri dipilih
sebagai calon PKR Parlimen Semporna atau DUN Sulabayan. Kita sudah tahu
bahawa beliau adalah kerabat pro UMNO/BN.
Setelah mengisi borang
pencalonan daripada PKR dan selang beberapa hari kemudian, ada pihak
yang menawarkan RM3 juta (atau mungkin beratus ribu sahaja) maka
kemungkinan Zamri atau PBP menarik diri tidak bertanding seperti pada
PRU-12 yang lalu.
Sejak dari zaman USNO, Berjaya, PBS dan kini
BN/UMNO, fenomena PBP ini sudah berlaku, terutama di kawasan Batu Sapi
dan Gum-Gum; maka tidak mustahil PBP yang membelot di saat akhir tidak
berlaku pada PRU-13 ketika pembangkang dan BN mahu mencipta sejarah
politik masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan