Jumaat, 9 Disember 2011

Umno sedia berperang pada bila-bila masa

WARTA KERAJAAN RAKYAT






Kekuatan dan semangat lebih tiga juta orang UMNO kini berada dalam keadaan terbaik untuk ‘berperang’ dan memenangi peperangan pada PRU13.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, semangat dan kekuatan sebenar UMNO yang sebelum ini pudar, kini kembali menyala.

Bagaimanapun beliau tetap mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli UMNO agar menyelesaikan segala masalah dalaman jika masih ada agar ‘kudis’ politik itu tidak merebak menjadi kanser.



“Kesiapsiagaan kita kini berada di tahap optimum untuk ‘berperang’. Semangat dan kekuatan ini semakin jelas pada perhimpunan agung kali ini dan ia dapat dilihat pada ‘mood’ perwakilan sejak hari pertama kita bersidang lagi.

“Tahap kesiapsiagaan ini akan berada pada kedudukan tertinggi dalam sedikit masa lagi jika semua masalah dalaman dapat diselesaikan,” katanya kepada Utusan Malaysia di PWTC, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ‘mood’ para perwakilan untuk berdepan PRU paling mencabar dalam sejarah parti, selepas empat hari Perhimpunan Agung UMNO 2011 berlangsung.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, para perwakilan pada perhimpunan kali ini juga dilihat begitu menghayati dan memahami ucapan dasar Najib yang mahu seluruh orang UMNO sayang dan cinta pada parti.

“Jurucakap yang mewakili negeri masing-masing nampaknya menghayati dan memahami ucapan dasar Presiden. Perwakilan juga memberi penghayatan yang sama dan ini perkembangan positif,” katanya.

Tiada ulasan: