Rabu, 7 Disember 2011

Panas: Zaid Umum 'KITA' Sokong Pakatan Rakyat Dan Tidak Letak Calon Boleh Jejas Pembangkang !

PAHANG DAILY


Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim (foto) berkata parti itu tidak akan menawarkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya tindakan itu menjejaskan peluang pembangkang.

Zaid dalam satu kenyataan hari ini juga mengumumkan bahawa KITA akan memberikan sokongan mutlak kepada pembangkang dalam apa juga cara untuk memastikan "kemenangan rakyat".

KITA mengambil pendirian itu setelah mengambil kira kenyataan daripada pemimpin UMNO terhadap parti pembangkang sejak kebelakangan ini yang didakwa memberi petanda buruk ke atas trend politik nasional, katanya.

"Untuk menunjukkan solidariti kita dengan pembangkang, dan penolakan kita terhadap idea fasis dan autoritarian, KITA ingin menyatakan semula bahawa kita akan terus menyokong pembangkang dengan harapan untuk perubahan sebenar," katanya.

Antara kenyataan yang paling keras menghentam pembangkang disuarakan daripada timbalan presiden UMNO sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Malaysia akan menjadi negara republik sekiranya pembangkang menang pilihan raya.

Zaid menyifatkan kenyataan Muhyiddin di perhimpunan agung UMNO minggu lalu itu sebagai "berbahaya dan tidak bertanggungjawab." Mengulas lanjut, Zaid berkata kenyataan itu juga dikesali dan amat membimbangkannya kerana ia hanya akan melebarkan lagi jurang di antara kelompok kaum.

"DAP telah dilabel sebagai parti rasis dan orang Melayu di dalam pembangkang disifatkan sebagai pak turut golongan Cina.

"Nampaknya pemimpin kita hari ini mahu memang pilihan raya umum dengan apa jua cara, dan mereka hanya mementingkan kedudukan dan kuasa sendiri berbanding kesejahteraan Malaysia dan rakyatnya", katanya.

Zaid juga berkata, serangan ke atas DAP hanya akan merenggangkan masyarakat Cina tetapi tidak akan menyakiti golongan berkenaan yang mampu berdidikari. Sebaliknya, orang Melayulah yang akan derita kerana UMNO hanya menawarkan retorik liar seperti itu, kata beliau lagi.

[UMNO melakukan kesilapan besar apabila menyiarkan kenyataan liar pemimpin mereka secara langsung di media arus perdana yang dapat disaksikan oleh rakyat berbilang kaum di negara ini. Demi cita-cita politik, mereka tergamak mengeluarkan kenyataan yang jelas berunsur hasutan dan perkauman.

Tindakan tersebut amatlah tidak wajar sama sekali dan sepatutnya dilakukan dalam situasi tertutup untuk ahli-ahli parti mereka sahaja. Inilah yang terjadi kepada Kursus Biro Tata Negara (BTN) selama ini bilamana kenyataan berbaur hasutan dan perkauman sewenangnya dikeluarkan oleh fasilitator untuk mewujudkan perasaan benci peserta kepada sesama rakyat di negara ini. Anehnya, dalam masa yang sama PM Najib Razak melaung-laungkan konsep 1Malaysia.

Tindakan Zaid Ibrahim untuk mengalih sokongan terhadap Pakatan Rakyat pada PRU-13 ini amatlah mengejutkan kerana selama ini beliau dituduh pro UMNO. Maka dengan ini jelas membuktikan perjuangan Zaid masih konsisten untuk bersama-sama rakyat menjadikan demokrasi di Malaysia lebih subur pada masa yang akan datang.

Kenyataan beliau ini sepatutnya disambut dengan hati terbuka oleh pembangkang kerana ia mungkin dapat menguatkan lagi pakatan itu. Namun, anehnya ada ramai penyokong pembangkang yang sanggup mencaci Zaid gara-gara pendekatan terbaru yang ingin beliau bawa. Tindakan ini adalah tidak wajar, kerana masing-masing ada prinsip].

Tiada ulasan: