Isnin, 26 Disember 2011

KITA mula berkempen hadapi p’raya

Program ini sebagai perkenalan dasar parti KITA sebelum menghadapi PRU-13, kata Pengerusi KITA Kedah, Zamil Ibrahim.



ALOR SETAR: Parti KITA telah mula turun padang dalam persediaan awal bagi menghadapi pilihan raya umum yang dijangka tahun depan.
Hampir 1,000 keping manifiesto KITA Kedah telah berjaya diedarkan kepada rakyat di DUN Gurun dan Kuala Ketil .

Program ini sebagai perkenalan dasar parti KITA sebelum menghadapi PRU-13, kata Pengerusi KITA Kedah, Zamil Ibrahim.

Seramai 20 AJK Negeri yang diketuai Zamil turun padang pada minggu lalu.

Turut serta Faizal Jaafar yang baru dilantik sebagai Ketua Pemuda KITA.

Sambutan baik

Zamil berkata, pihaknya terkejut dengan sambutan rakyat yang menerima kehadiran KITA di tempat mereka.

KITA Kedah turut berpuas hati dengan sambutan dari semua lapisan umur tidak kira warga emas, ibu bapa mahupun remaja terdiri dari pelbagai kaum,” katanya.

Menurut Zamil, DUN Gurun dan Kuala Ketil adalah antara kerusi negeri yang dikenal pasti KITA untuk bertanding pada PRU13.

Beliau berkata, program seperti ini akan diteruskan di masa akan datang di DUN-DUN lain yang akan dikenal pasti.

Tiada ulasan: