Radhi Razak
KUALA LUMPUR - Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafikan dakwaan bahawa beliau bakal menyertai UMNO dalam masa terdekat ini susulan kehadirannya ke Perhimpunan Agung UMNO.
Beliau menjelaskan kehadirannya ke Perhimpunan Agung UMNO pada tahun ini hanya sebagai pemerhati luar dan menerima jemputan semata-mata.“Tidak, tidak. Saya hanya hadir sebagai tetamu jemputan, mereka jemput saya hadir, hormati jemputan, lagipun secara kebetulan saya ada masa,” kata beliau sambil menambah mahu kekal seperti sekarang di mana menjadi pemerhati dan penganalisis dari luar.
Saya pun sepatutnya hadir pada 27 November lalu atas jemputan PKR, tetapi saya tidak sempat. Dulu saya pernah hadir muktamar PAS. DAP pun pernah jemput saya dua tahun lalu, tetapi saya tidak sempat pergi,” kata felo Pusat Pengajian Islam Oxford ini. Saya lebih suka berada seperti sekarang, menjadi pasukan ketiga, melihat dari luar.”
Selaku tetamu Umno Asri mengambil bahagian dalam hampir kesemua acara utama dan sampingan sejak empat hari lalu.
Beliau pernah disebut-sebut akan menyertai Umno tahun lalu bersama sekumpulan ulama muda, tetapi akhirnya memberi kenyataan bahawa mahu kekal tidak menjadi ahli politk mana-mana parti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan