Selasa, 20 Disember 2011

CALON MB BN PERAK: ZAMBRY BERTANDING KERUSI PARLIMEN?

DR RAJA AHMAD AL-HISS


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yakin sumber maklumat dalaman Umno / Barisan Nasional (BN) Negeri Perak yang memaklumkan bahawa calon Menteri Besar Negeri Perak jika BN berjaya kembali mentadbir semula Kerajaan Negeri Perak selepas tumbang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008 dahulu adalah seorang yang belum pernah bertanding di dalam PRU atau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kini ataupun memenangi kerusi Parlimen sedia ada. Tetapi beliau adalah seorang Ketua Umno Bahagian yang mana ADUNnya kini telah menyatakan kesediaan untuk berundur bagi memberikan lalu kepadanya.

Sudah tentu nasib Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir selepas ini agak berlainan dan mungkin akan bertanding pada PRU 13 kali ini di atas tiket kerusi Parlimen. Mungkin jejak yang sama akan dituruti oleh bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali yang masih mendiamkan diri tentang kedudukannya.

Persoalan timbul, apakah kelebihan kepada calon ini yang masih belum pernah menjadi ADUN atau Ahli Parlimen? Beliau juga dikatakan tidak pernah menjadi Menteri atau dilantik sebagai Senator langsung? Adakah beliau diterima oleh Umno Perak walaupun beliau amat rapat dengan Presiden Umno, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak?

Bagi kami, sudah tentu perpecahan Umno Perak yang masih berpecah di bawah kepimpinan Datuk Seri Zambry akan terus bergolak jika memang benar beliau akan menjadi calon dan sudah tentu juga calon kerusi Menteri Besar BN kali ini.

Datuk Seri Zambry ketika mengulas tentang kenyataan ADUN Pengkalan Baru, Datuk Hamdi Abu Bakar dimana beliau antara ADUN yang telah bersetuju mengundurkan diri bersama ADUN Lintang, Datuk Haji Ahamad Pakeh Adam dan juga ADUN Belanja, Datuk Haji Mohd Zaim Abu Hassan seperti agak terkejut baru-baru ini. Adakah pengganti antara tiga DUN ini adalah calon Menteri Besar BN akan datang?

Tiada ulasan: