MSO
Beberapa minggu lalu ada seorang pemandu pelancong yang selalu berulang alik dari Johor Bharu ke Batam memberi tahu saya ada seorang ahli politik menyimpan perempuan di pulau Batam.
Menurut ceritanya tokoh politik itu menempatkan perempuan itu di sebuah apartment terletak dipinggir kota Batam. Perempuan itu berasal dari kampung Bandung dan pernah bekerja sebagai supervisior di sebuah kilang eletronik di Batam.
Perempuan ini dari suku Sundal. Orang Sundal terkenal dengan kelembutan dan pandai menggoda lelaki. Katanya, tokoh politik itu mulai mengenali perempuan itu pada pertengahan tahun lalu sewaktu beliau bersama rombongan ke pulau Batam.
Pemandu pelancung itu memberi tahu saya nama apatment berkenaan. Berkebetulan saya ke Batam Khamis lalu dan sempat ke lokasi yang dikatakan itu. Pemergian itu bukan sangat atas tugas untuk menyiasat, tetapi kerana ada tugasan lain berkebtulan pula saya ternampak apartment yang dimaksudkan itu.
Nah jadi cerita apartment yang dimaksudkan itu memang wujud. Saya mengambil gambarnya. Tetapi malang saya tidak Unit berapa perempuan yang disimpanan tokoh politik itu. Apabila saya bertanya kepada salah seorang yang juga tinggal di apartment bernama Matro Setopo, 36 asal Jawa yang bekerja sebagai penyelia di kilang eletrik yang sama tempat tempat supervisior itu dia mengesahkan ada orang Malaysia yang pernah mendatang apartment itu beberapa kali.
Tetapi katanya dia tidak tahu siapa, tetapi dia kenal kalau melihat mukanya. Dan dia juga pernah diberi tahu tokoh politik itu adalah ahli DPR (Dewan Perwakilan Rakyat)
Saya bertanya kepada Matro, apakah orang itu bercakap dilek Kelantan, atau Terengganu atau dilek Utara. Dia tidak dapat menjawab kerana tidak tahu pelet-pelet itu. Bagaimana pun dia percaya ahli politik itu dari negeri di Selatan tanah air Malaysia.
Siapa? Saya akan menyiasat untuk menggesahkan siapakan gerangannya. Marto berjanji untuk dapatkan gamar perempuan yang menjadi gundik itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan