Susan Loone
Bacaan kali kedua rang undang-undang kebebasan maklumat dijangka dipanaskan oleh wakil BN dan Pakatan Rakyat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Jumaat ini.Sebahagian cadangan dalam rang undang-undang itu telah ditolak NGO dan parti politik yang memberikan pandangan dalam pertemuan dengan jawatankuasa terpilih yang dipengerusikan oleh ADUN Dato Keramat Jagdeep Singh Deo (kanan).
Difahamkan ADUN Seberang Jaya Arif Mohd Shah dan dua lagi ADUN BN yang juga anggota jawatankuasa itu tidak hadir semasa sesi berlangsung.
Bercakap dalam pertemuan itu, wakil MCA berkata mereka menolak rang undang-undang itu kerana bertentangan dengan Akta Rahsia Rasmi.
GERAKAN pula menyatakan kekecewaannya kerana ia akan memberika kuasa terlalu besar kepada kerajaan negeri untuk melantik pegawai maklumat atau anggota jawatankuasa rayuan untuk berurusan dengan pemohonnya.
Ketua Biro latihan dan pendidikan parti itu Rowena Yam berkata, tiada pembahagian kuasa antara pihak legislatif dan pentadbiran.
"Bagaimana dengan semakan kehakiman untuk mereka yang tidak puas hati dengan hasil permohonan mereka?" soanya dalam forum pengalaman Pulau Pinang dalam memperkenalkan enakmen itu malam tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan