Sebelas peniaga kraftangan dan makanan Taman Mini Malaysia, di Ayer Keroh, Melaka membuat laporan polis kerana mendakwa mereka dianiaya oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM).
Malaysiakini difahamkan, sebelum ini mereka pernah menerima surat daripada pihak terbabit hampir setahun lalu yang mengarahkan kesemua peniaga terlibat mengosongkan premis masing-masing bagi memberi laluan kepada projek pengubahsuaian Taman Mini Malaysia.
Namun, peniaga mendakwa setakat ini belum ada sebarang kata putus berhubung proses pengosongan itu dan lokasi sesuai untuk memindahkan peniaga terlibat.
Sehinggalah 1 Ogos lalu, kesabaran peniaga yang rata-ratanya bumiputera diuji, apabila PKNM mula menutup operasi Taman Mini Malaysia.
Seorang peniaga, Mohammad Ali, 55, menjelaskan sejak tindakan itu, peniagaan beliau dan rakan-rakan terus merosot.
Beliau mendakwa pihak terbabit kemudian bertindak memasang kepungan di hadapan premis sehingga menutup pemandangan pengunjung yang sebelum ini menjadi tumpuan pelancong.
"Sudahlah sejak beberapa bulan lalu, mereka langsung tidak menjaga tempat ini apabila rumput dan lalang tumbuh meliar.
"Tandas pula tidak diselenggara dengan betul sehingga dilihat begitu kotor. Lebih buruk lagi, pengunjung sering berdepan ketiadaan bekalan air di tandas terbabit," katanya ketika ditemui semalam.
Kesemua itu, menurutnya, memaksa mereka dan rakan-rakan membuat laporan polis.
Sementara itu, isu berkenaan turut mendapat perhatian pihak Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) yang turut serta mengiringi peniaga terlibat ketika membuat laporan itu di Balai Polis Ayer Keroh.
Presidennya, Mohd Redzuan Abdullah berkata, pihaknya hairan bagaimana masalah berkenaan gagal diatasi pihak terbabit sehingga ia berlarutan sekian lama.
"Kenapa pemimpin di Melaka susah sangat nak selesaikan masalah ini sedangkan ia bukanlah masalah besar.
"Kita sebagai pemimpin kena jaga hati rakyat seperti mana yang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa mengambil berat soal peniaga kecil.
"Mengapa kerajaan negeri Melaka tidak mengamalkan konsep ini, sebab itu ia mendatangkan kemusykilan kepada Ikhlas dan mereka seolah-olah ambil sikap endah tak endah hal ini.
"Mereka sepatutnya mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan peniaga, malah sebarang kata putus belum diterima tetapi tiba-tiba sahaja mereka dah kepung tempat ini, sedangkan mereka masih berniaga di sini. Siapa yang terkena pun akan marah" katanya.
Mohd Redzuan berkata, sebelum ini peniaga pernah di ditawarkan lokasi baru iaitu berhampiran dengan Zoo Melaka, tetapi peniaga menolak atas alasan tidak sesuai.
"Yang peniaga bimbangkan, sebaik mereka keluar, tiada sebarang surat jaminan yang dikeluarkan oleh PKNM menyatakan mereka akan ditempatkan semula ke lokasi berkenaan sebaik kerja-kerja pengubahsuaian selesai.
"Lagipun, peniaga cuma menuntut agar mereka dibayar pampasan sepanjang proses perpindahan dengan jumlah RM5,000 sebulan atau setidak-tidaknya RM3,000 sebulan.
"Sedangkan setakat ini, pihak PKNM hanya bersetuju untuk membayar sebanyak RM5,000 dengan sekali bayaran sahaja dan ini bermakna hanya sekitar RM300 sahaja sebulan sebagai pampasan," katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar PKNM, Datuk Yusof Jantan, ketika dihubungi menjelaskan, sikap peniaga sendiri yang enggan memberikan kerjasama menjadikan isu berkenaan sukar ditangani.
Menurutnya, memang mereka ada menghantar surat mengarahkan peniaga berpindah dengan menyediakan unit-unit gerai bersebelahan Zoo Melaka.
"Kita sebelum ini dah tawarkan pampasan RM3,000 dan kemudiannya dinaikkan kepada RM5,000 supaya mereka berpindah sementara tetapi mereka enggan.
"Sebaliknya, mereka mahu kita membayar pampasan secara bulanan sebanyak RM5,000 tetapi jumlah tersebut kita tidak mampu," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan