Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Suhaizan Kayat meminta penjelasan yang sepatutnya dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien pada 2 November nanti adalah pada satu forum khas mahupun di Parlimen bukannya pada Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung penambahbaikan proses pilihan raya. Suhaizan juga memberitahu PSC bertindak untuk mendapatkan lapan tuntutan Bersih 2.0 bagi memastikan pilihan raya nanti bersih dan adil, tindakan Hishammuddin ingin memberi penjelasan pada PSC adalah tidak bersesuaian dengan apa yang beliau ingin terangkan nanti. "Sebagai seorang menteri beliau sepatutnya memberi penjelasan pada satu forum khusus atau pada sidang parlimen yang sedang berlangsung sekarang. kenapa beliau ingin memberi penjelasan pada PSC, kita mahu dalam satu suasana yang berbeza dan khusus jika hishammuddin tidak mahu memperjelaskan pada sesi perlimen," jelasnya. Dalam pada itu Suhaizan juga meminta pada penjelasan tersebut KDN perlu menekankan isu berhubung dengan kedatangan 240 orang warga asing di Istana Dugong Country Resort, Sepang Selangor pada 11 dan 12 Oktober lalu yang sehingga sekarang tiada penjelasnya diberikan. Beliau yang dihubungi juga memberitahu selain dari penjelasan tersebut Hishammuddin perlu menjawab bagaimana wujudnya kad pengenalan klon sehinggakan terdapat di dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pemilik kad pengenalan mengundi di dua tempat berasingan. "Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah Menteri Dalam Negeri sepatutnya memberi tumpuan khusus kepada penjelasan mengenai 240 orang warga asing yang berada di Istana Dugong Country Resort, kenapa dan mengapa mereka berada di situ kerana sehingga sekarang kita tidak mendapat apa-apa penjelasan dari mana-mana agensi kerajaan mahupun kementerian. "Selain itu juga KDN perlu memberitahu kenapa wujudnya kad pengenalan klon sehinggakan seorang boleh mengundi di dua tempat berasing, apa tujuan sebenarnya dan siapakah yang bertanggungjawab, jika dikenal pasti apa tindakan yang akan dikenakan," jelasnya. Tambahnya lagi KDN perlu menyenaraikan secara terperinci tentang aktiviti di resort tersebut selain maklumat kad pengenalan klon ini sudah berapa banyak yang ditemui. Dalam pada itu beliau juga mempertikaikan tentang kod 71 yang wujud pada pemberian kad pengenalan baru yang diberikan kepada warga asing berjumlah melebihi 170 ribu orang. "Kita tidak pasti status sebenar Kod 71 ini dari masa asal mereka, tempat lahir dan juga mewakili negeri mana. Jawapan yang diberikan oleh Jabatan pendaftaran Negara (JPN) adalah tidak memuaskan dan kita mahu KDN memperjelaskannya kembali kerana ini membabitkan maruah negara ini," sambungnya lagi. Sementera itu, Hishammuddin pada sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Pembekalan 2012 di Dewan Rakyat pada Isnin yang lalu memberitahu akan memberi penjelasan secara tererinci kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) yang dijadualkan pada 2 november nanti. |
Jumaat, 28 Oktober 2011
Hishammuddin patut beri penjelasan di parlimen
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan