SEPANG: Sekumpulan aktivis PKR diserang beberapa lelaki semasa membuat tinjauan terhadap satu operasi yang disyaki percubaan memberikan kad pengenalan kepada warga asing di sebuah resort berhampiran Putrajaya di sini.
Turut diserang krew TV Selangor yang mengikuti tinjaun aktivis tersebut - gerakan 'Jingga 13'.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang semalam, sekumpulan lelaki didakwa menyerang dengan menghentak dan menendang kenderaan aktivis dan wartawan tersebut, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan, lapor TV Selangor.
Namun tiada sesiapa yang tercedera dalam kejadian jam 6.20 petang semalam.
Sebelum itu, Pasukan Pemimpin PKR dari cabang Sepang berkata mereka menerima maklumat dari sumber yang dipercayai berhubung operasi itu dan bertindak membuat tinjauan kasar.
Ketua Cabang Keadilan Sepang, Borhan Aman Shah ketika ditemui TvSelangor berkata operasi tersebut ada kaitannya dengan pengundian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
"Hari ini ada empat buah bas yang dikenal pasti telah membawa warga Indonesia, saya telah menemu bual pemandu bas dimana beliau telah mengesahkan ada membawa kumpulan warga asing ini dari Greenwood, Gombak. Menurut pemandu bas tersebut, warga asing itu dibawa untuk satu kursus keusahawanan.
"Warga asing ini dikatakan dibawa masuk ke resort untuk mengikuti kursus keushawanan, persoalannya sekarang adakah golongan ini datang ke Malaysia untuk berniaga ataupun untuk bekerja, kalau benar mereka mengikuti kursus keushawanan, atas fakta apa mereka mengikutinya," katanya.
Borhan berkata sekiranya benar terdapat satu usaha untuk memberi IC kepada warga asing, mereka bukan sahaja menjadi warganegara malah akan layak mengundi pada pilihanraya umum akan datang.
"Ini kali kedua, sebelum ini tersebar luas di media dimana enam buah bas memuatkan warga asing masuk ke kawasan ini dan hari ini kita jelas ada empat buah bas.
"Saya tidak menuduh, tetapi perkara seumpama ini tidak seharusnya berlaku."jelasnya.
Ekoran daripada maklumat tersebut, Pasukan Jingga 13 bergerak ke resort itu bersama-sama krew TV Selangor untuk meninjau lokasi yang dimaksudkan.
Setiausaha Gerakan 'Jingga 13', Saifuddin Shafi Muhammad berkata tujuan mereka adalah untuk melihat sendiri sama ada dakwaan yang dimaksudkan itu benar.
"Waktu itu hujan renyai-renyai, kami berhenti seketika di dalam kawasan resort untuk membuat pusing 'u' (ekoran jalan terlalu sempit), kemudian kami diserang dan diancam oleh sekumpulan lelaki, saya menganggarkan lebih kurang lima orang lelaki.
"Tindakan mereka mengamcam kami dari awal membuatkan kami tidak selesa dan bertindak melarikan diri.
"Apa yang sempat kami rakam ialah imej seorang lelaki yang bertindak menyerang kami, saya juga percaya lelaki yang sama ini turut menendang kenderaan wartawan TvSelangor."katanya.
Ekoran kejadian itu, Krew TV Selangor yang terlibat membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, manakala PKR Cabang Sepang telah membuat laporan di IPD Sepang. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan