TEMERLOH: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan bahawa beliau tidak berhasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada muktamar PAS yang bakal diadakan pada Jun ini.
Bagaimanapun beliau bersedia untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden PAS sekiranya ada pecalonan.
“Saya sudah memikirkan perkara ini semasak-masaknya dan melihat ramai pimpinan parti yang berwibawa, maka saya tidak berhasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden.
"Saya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden sekiranya ada pecalonan,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily hari ini.
Dengan keputusan ini, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berharap mesyuarat agung PAS kawasan-kawasan akan mencalonkan orang lain yang lebih berwibawa untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS bagi menjadikan parti lebih berwibawa dan memantapkan keyakinan rakyat terhadap parti.
“PAS perlu bangkit sebagai parti berwibawa dalam persaingan keyakinan rakyat dan masa depan yang hebat,” ujarnya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan