Khamis, 10 Mac 2011

RM2.14 Juta Diperuntuk Hantar Pelajar Pulang Ke Mesir-Hassan Ali

TVS NEWS


SHAH ALAM : Kerajaan negeri dan Lembaga Zakat Selangor memperuntukkan RM2.14 juta untuk menghantar pulang pelajar Selangor melanjutkan pengajian mereka kembali di Mesir pada 14 Mac ini.

Jumlah tersebut meliputi 556 pelajar tajaan negeri dan 440 orang lagi adalah di bawah tajaan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Exco Hal Ehawal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Ali berkata, usaha dilakukan kerajaan negeri dan LZS itu adalah sebagai tanda sokongan kepada semua pelajar di negeri ini yang menuntut di Mesir untuk meneruskan pengajian mereka.

“Pelajar-pelajar Selangor ya seramai 440 orang yang telah ditaja Lembaga Zakat Negeri Selangor yang akan dibayar wang kepulangaan mereka ke Mesir dan
sebahagianya iaitu l556 orang akan dibayar oleh kerajaan negeri jadi jumlahnya sebanyak sembilan ratus sembilan puluh enam,” katanya.

Dr Hassan berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat exco di sini hari ini.

Tambahnya, kos penghantaran pulang seorang pelajar dianggarkan RM2,150 setiap seorang.

“Kita mengharapkan dengan sokongan daripada Lembaga Zakat Selangor dan sokongan daripada kerajaan negeri untuk membawa pulang pelajar-pelajar ini daripada Malaysia ke Mesir, dengan cara itu mereka akan dapat meneruskan pengajian dengan baik,” katanya.

Penghantaran semua pelajar Selangor ke Mesir melibatkan lima penerbangan bermula 14 hingga 18 Mac ini melalui penerbangan KLIA ke Kaherah, Mesir.

Tiada ulasan: