Ahad, 20 Mac 2011

PR Kepada Rakyat Sarawak :

Ditulis oleh shuaib ayob

SHAH ALAM : Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak esok bukanlah tarikh keramat tetapi adalah titik paling penting kepada rakyat di negeri itu untuk merubah sepenuhnya dasar kuku besi pentadbiran BN.

Selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan tarikh penamaan dan pembungan undi di negeri itu.

Menurut ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, tarikh yang bakal diumumkan oleh Tan Sri Taib Mahmud pada esok bukanlah tarikh keramat kepada Pakatan Rakyat namun ia titik paling penting kepada rakyat di negeri itu

“Tarikh yang disebutkan itu tidaklah terlalu keramat memandangkan ianya sudah bocor dan ramai pihak telahpun menyebutkannya. Ia telah dijangkan dan saya sendiri telah membuat telahan dan tepat pula,”katanya kepada Tv Selangor.

Taib semalam mengumumkan DUN Sarawak akan dibubarkan esok dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Walaupun angin bertiup kencang bahawa Taib dijangka akan berundur dari tampuk pentadbiran yang ditejuinya sejak 30 tahun lalu, namun tidak memaklumkan bila beliau akan berbuat demikian.

Malah Taib juga mengesahkan beliau akan bertanding pada pilihanraya negeri itu, seraya membuktikan Ketua Menteri Sarawak itu belum bersedia meninggalkan
legasinya.

Mengulas hal itu, Dr Dzul berkata, apa yang paling penting kepada Pakatan Rakyat pada masa kini ialah keadilan dalam proses pilihanraya bagi memastikan nasib rakyat Sarawak dapat dibela gagasan itu.

Beliau juga sekali lagi memberi amaran kepada Barisan Nasional supaya tidak sesekali melakukan jenayah pembelian undi seperti yang berlaku sebelum ini.

“Saya ingatkan kerajaan Umno Barisan Nasional, kalah menang itu suatu yang lazim dan adat pertandingan. Persoalan yang rakyat inginkan kepastian adakah Dewan
Undangan Negeri Sarawak akan menyaksikan sistem pemilihan itu akan dicerobohi dan diperkosa oleh kerajaan Barisan Nasional atau ia dapat diberikan ruang kepada rakyat dan kepada semua parti-parti yang bertanding untuk bertanding di atas padang yang sama rata? “ soalnya.

“Saya dan Pakatan Rakyat cukup bersedia untuk bertanding tapi kalau terus-terusan cara begini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguruskan persoalan pertandingan inilah yang dikatakan sebagai Professor Andres Sadler, inilah yang menyebabkan beliau meletakkan Malaysia dalam senarai negara yang mengamalkan
sistem pilihanraya kuku besi,” katanya.

Sementara itu bagi Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Pusat (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin, walaupun pemilihan tarikh pembubaran DUN itu di saat
kes Ketua Pembangkang hebat diperkatakan, ia tidak sama sekali menggoyahkan semangat Pakatan Rakyat.

“Reaksi pengundi secara jujurnya apabila saya turun bertemu dengan mereka mengingatkan saya kepada tahun 2008 di mana suasana perubahan yang belaku di
Semenanjung, dirasai di Sarawak bila orang mula berani mengkritik Taib, mula bercakap tentang perubahan kerajaan dan sebagainya. Pada saya ini merupakan satu
isyarat yang positif yang ditunjukkan oleh pengundi,” katanya.

Sementara menurut ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah pula, Pakatan Rakyat akan memastikan nasib rakyat sarawak dibela di bawah pentadbiran gagasan pembangkang itu.

" Ada banyak aduan bekaitan isu salahguna kuasa berkaitan tanah ini. Kedua adalah isu amalan keagamaan di mana sekarang penganut Kristian dukacita dengan beberapa tindakan berhubung rampasan naskah Kitab Injil,” katanya

Tiada ulasan: