Khairil Abd Rahim |
TEMERLOH: Mesyuarat tergempar Ketua-Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang semalam meluluskan usul memberi sokongan padu dan tanpa berbelah bagi kepada kepimpinan Dato Fauzi Abdul Rahman. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi PKR Negeri Pahang, Ahmad Nizam Hamid, yang berlangsung di Rumah Rehat dekat sini turut meluluskan usul merujuk YB Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail, ke Jawatankuasa Disiplin PKR Pusat. Menurut Ahmad Nizam, mesyuarat tergempar itu diadakan berikutan kenyataan Azan di muka depan Sinar Harian edisi Pahang semalam (25 Mac) yang memburuk-burukkan kepimpinan Dato Fauzi Abdul Rahman selaku Pengerusi Majlis Pimpinan (MPP) PKR Pahang. “Kesemua Ketua Cabang tidak bersetuju dengan kenyataan YB Azan Ismail bahawa PKR Pahang menjadi nazak di bawah pimpinan Dato Fauzi, bahkan di bawah kepimpinannya PKR Pahang berjaya melebarkan sayap parti ke perkampungan Melayu tradisi kawasan Felda dan Orang Asal. |
Ahad, 27 Mac 2011
PKR Pahang rujuk Azan ke jawatankuasa disiplin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan