"PIBG SMK Kerdau pandai juga bermain politik dengan Muhyiddin Yassin sehingga RM5 juta diperuntukkan untuk pembinaan blok tambahan bagi memuatkan bengkel kemahiran hidup dan makmal.
Muhyiddin boleh 'aksen' dengan duit rakyat untuk meraih undi bagi politik UMNO. Kalau dengan kudrat UMNO sendiri telah lama terkangkang!
Kembang-kembang lubang hidung Muhyiddin membuat tawaran dengan duit rakyat sama ada mereka berkehendak kepada dewan atau bilik darjah dahulu.PIBG SMK Kerdau juga mendapat khidmat istimewa Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Yahya Abidin untuk membuat permintaan itu. Timbalan Pengarah Pelajaran menjadi jurucakap untuk mendapatkan peruntukkan untuk sekolah dan juga undi untuk UMNO.
Muhyiddin juga berjanji dengan duit rakyat untuk 18 sekolah di parlimen Kuala Krau akan diberikan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM1.9 juta. Tersengih lagi Muhyiddin.
Kalau bukan kerana itu semua, telah lama UMNO terkangkang, nasiblah ada duit rakyat untuk UMNO 'hulur-hulur' memancing undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan