Sabtu, 26 Mac 2011

Najib: Pelajar SPM terbaik wajar dapat bantuan kewangan

BERNAMA


KUALA LUMPUR— Kerajaan mengiktiraf bahawa semua pelajar yang mencapai keputusan terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) wajar mendapat bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) berkata, inilah sebabnya mengapa semakin banyak agensi kerajaan dan sektor swasta tampil menyediakan biasiswa dan geran.

“Tahun lepas saya mengumumkan kerajaan akan menyediakan biasiswa kepada semua pelajar yang mendapat 9A+ atau lebih, tidak kira etnik atau kepercayaan mereka.

“Pada masa sama pelajar lain sewajarnya, yang keadaan sosioekonomi mereka mungkin menjejas keputusan SPM akan juga diberi bantuan.

“Saya sendiri telah menyerahkan geran kewangan kepada lebih 300 pelajarcemerlang SPM dan STPM 2009, disediakan oleh 1MDB, agar mereka dapat mencapai masa depan yang lebih cerah,” kata beliau dalam blognya 1Malaysia, hari ini.

Perdana Menteri menjawab komen daripada seorang daripada pengikutnya di Facebook, Keith Ng mengenai apa yang dapat disediakan kerajaan untuk pelajar cemerlang.

Bagaimanapun, Najib menarik perhatian bahawa ketika negara menunju kepada status negara maju, corak ekonomi makin pelbagai dan meningkat, dengan itu memerlukan modal insan yang memiliki kemahiran dan pengetahuan yang pelbagai.

Beliau berkata, ini bererti agensi dan sektor swasta yang mengeluarkan biasiswa perlu mengambil ingatan untuk melakukan pelaburan akademik yang akan menghasilkan faedah menjangkau lebih dari sepuluh tahun akan datang.

Najib juga mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan baik dalam SPM lepas, dan berkata tahun ini adalah keputusan terbaik yang dicapai dalam tempoh empat tahun lalu, dengan 9,239 pelajar mencapai A seluruhnya.

10 ulasan:

tombolo berkata...

bgslah jika mereka mendapt bantuan kewangan.

azman berkata...

ya...pelajar terbaik memang patut mendapat bantuan kewangan bagi membantu mereka melanjutkan pelajaran dan memotivasikan mereka.

Unknown berkata...

Bagus la tue.

Unknown berkata...

Dengan memberikan bantuan kewangan kepada pelajar SPM terbaik, ia akan memotivasikan mereka lagi untuk mendapat keputusan yang baik.

Tanpa Nama berkata...

bantuan seperti ini tentunya amat dialu2kan dan dinantikan oleh mereka yang amat memerlukan dan mereka yang cemerlang. saya harap bantuan ini akan dapat dilaksanakan bukan sahaja tahun ini malah ditahun2 berikutnya supaya para pelajar akan sendirinya rasa terdorong untuk menjadi yang terbaik dan cemerlang.

Paquin berkata...

Bantuan sebegini mmg dialu-alukan. Apatah lagi ia utk tujuan pendidikan.

Paquin berkata...

Sekurang-kurangnya bantuan yang diberikan dapat mendorong pelajar lain utk berusaha menjadi pelajar terbaik:)

Sanih Alias berkata...

memang ini satu bantuan yang baik untuk membantu pelajar cemerlang dapat meneruskan meyambung pelajaran diperingkat yang lebih tinggi.

Tanpa Nama berkata...

Just make sure that the top students can really get student aids regardless of race or religion.

Tanpa Nama berkata...

bantuan kewangan ini suda tentu akan menjadi pendorong kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan untuk berusaha dengan lebih tekun lagi.