Khamis, 24 Mac 2011

MIC Jangan Jadi 'Anjing Peliharaan' UMNO

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Kongres India SeMalaysia (MIC) didesak agar tidak menjadi 'anjing suruhan' UMNO BN yang menyokong apa sahaja yang diungkapkan pemimpin parti perkauman itu, walaupun sedar ia boleh memberikan impak yang buruk kepada kaum India di negara ini.

Ahli Parlimen Teluk Intan, M Manogaran berkata demikian mengulas jawapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa novel Interlok tetap akan dijadikan buku teks tingkatan 5 dengan sedikit rombakan iaitu menggugurkan perkataan 'paria' dalam buku tersebut.

Keputusan yang diumumkan di Dewan Rakyat pagi tadi menyaksikan parti MIC bersetuju tanpa banyak bantahan.

Manogaran berpandangan pegangan rapuh MIC itu dilihat satu pengkhianatan kepada kaum India di negara ini.

"Saya cabar MIC untuk keluar dari BN sekiranya mereka benar- benar ikhlas mempertahankan kaum india di negara ini. Jangan jadi parti yang tiada maruah, jangan jadi 'anjing peliharaan' UMNO. Kita tiada masalah dengan kaum Melayu, kita hanya ada masalah dengan UMNO," tegas beliau.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran berkata keputusan Kementerian Pelajaran Malayasia (KPM) amat mengejutkan dan disulami dengan banyak kemusykilan berikutan sebelum ini Muhyiddin mendakwa tiga wakil bebas kaum India telah menarik diri dari menyertai panel KPM menilai semula buku tersebut.

"Apa yang lebih mengejutkan ialah MIC bersetuju dengan keputusan ini. MIC ini ular berkepala dua! Mereka memberitahu akhbar Tamil bahawa mereka tidak bersetuju tetapi bersetuju pula dengan Timbalan Perdana Menteri. Semasa saya berhujah dengan TPM (dlm dewan), dia amat jelas (bahawa MIC bersetuju) dengan perkara ini," tegas beliau.

Kulasegaran berkata jika pihak pembangkang ketengahkan isu, pembangkang dituduh secara sengaja mahu mempolitikkan isu.

Namun dalam isu Interlok, beberapa pihak yang jelas berkepentingan secara bebas memanipulasikan isu itu.

Katanya lagi, polisi pendidikan ditukar setiap kali seorang menteri baru menjawat jawatan Menteri Pendidikan yang menjurus kepada perubahan dalam buku teks dan polisi pendidikan, bukan sahaja mengelirukan tetapi memberikan mesej yang salah mengenai KPM.

"Seperti yang telah saya tegaskan dahulu, selama 54 tahun kita tiada polisi pendidikan yang konsisten di negara ini," kata beliau lagi.

Tiada ulasan: