KUALA LUMPUR — Pasukan Selangor PKNS terus mempertahankan kedudukan di tempat teratas Liga Perdana setelah berjaya membelasah SDM Navy 5-1 di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang semalam.
Dengan kemenangan tersebut, Selangor PKNS kini mengumpul 15 mata selepas lima perlawanan.
Lima gol pasukan Selangor PKNS dijaringkan masing-masing oleh Mohd Zamri Hassan pada minit ke-45 menerusi sepakan penalti, Mohd Khairul Akhyah (minit pada 46 dan 76), Mohd Khairul Azrin (minit ke-58) dan Mohd Azrif Nasruhaq (minit ke-88).
Gol sagu hati pasukan tuan rumah pula disumbangkan oleh Ibrahim Ani pada minit ke-88.
Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya melangkah satu anak tangga di tempat kedua setelah menang tipis 2-1 kepada Johor di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Dua gol bagi pasukan ATM hadir seawal minit ke-13, hasil jaringan Yusaini Hafiz Che Saad dan Fatrurozi Razi (minit ke-21).
Gol tunggal Johor hasil sepakan penalti Shoufiq Khusaini pada minit ke-30.
Di stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri sembilan, Polis Diraja Malaysia menang tipis 2-1 kepada Harimau Muda B.
Sementara itu, pasukan USM menumpaskan Pulau Pinang 3-0 di Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang.
Pasukan Pos Malaysia pula seri tanpa jaringan kepada Sime Darby di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan