Rabu, 23 Mac 2011

Krisis Yemen: Presiden sedia undur Januari 2012, pembangkang tolak

THE MALAYSIAN INSIDER


SANAA — Presiden Yemen Ali Abdullah Saleh melahirkan kesediaan untuk melepaskan jawatannya setelah mengadakan pilihan raya Parlimen menjelang Januari depan.

Beliau enggan menyerahkan tampuk kuasa tanpa mengetahui siapa yang akan menggantikannya, kata seorang pembantunya hari ini.

“Presiden Ali Abdullah Saleh (gambar) akan menyerahkan kuasa menerusi pilihan raya (Parlimen) dan pembentukan institusi-institusi demokratik akhir 2011 atau Januari 2012,” kata setiausaha medianya Ahmed al-Sufi kepada Reuters.

“Ali Abdullah Saleh tidak mahukan kuasa. Ali Abdullah Saleh tidak akan melepaskan jawatan tanpa mengetahui kepada siapa beliau akan menyerahkan jawatan,” katanya.

Bagaimanapun satu pakatan pembangkang Yemen menolak tawaran Ali Abdullah itu, yang berhadapan dengan tekanan dan siri protes.

“Pembangkang menolak tawaran itu yang datang pada masa yang getir ini,” kata jurucakap kumpulan utama pembangkang Mohammed al-Sabry kepada Reuters.

Tiada ulasan: