Sabtu, 5 Mac 2011

Kebangkitan rakyat Timur Tengah masuk gelombang kedua

THE MALAYSIAN INSIDER


Seorang anggota kumpulan pemberontak membuat sekatan di kawasan Brega, Libya hari ini. - Foto Reuters

TRIPOLI — Sementara pergolakan politik di Libya belum Nampak ada kesudahannya, rantau Timur Tengah berhadapan dengan gelombang baru kebangkitan rakyat dan demonstrasi mencabar kerajaan masing-masing.

Pemberontak Muslim Syiah di Yemen berkata pihak tentera menyebabkan dua orang terbunuh apabila mereka melepaskan roket ke atas penunjuk-penunjuk perasaan antikerajaan hari ini.

Di Bahrain, beberapa orang tercedera dalam pergaduhan antara kumpulan Sunah dan minoriti Syaih sejak keganasan tercetus melibatkan mereka dua minggu lalu.

Beratus-ratus orang terlibat dalam protes di Baghdad, Iraq.

Dan di Mesir, penunjuk perasaan yang menggulingkan Presiden Hosni Mubarak bulan lalu berkumpul semula di Dataran Tahrir untuk terus memberi tekanan ke atas rejim tentera, lapor laman msnbc.

Akhbar The Guardian pula melaporkan Perdana Menteri Mesir yang baru dilantik Essam Sharaf, dijangka menyertai penunjuk perasaan hari ini.

Laporan itu berkata beliau mungkin mengulangi upacara mengangkat sumpah di lokasi itu.

Dengan merujuk kepada akhbar Arab Saudi Al Watan, The Guardian berkata negara itu sedang mempertimbangkan kemungkinan membenarkan wanita mengundi dalam pilihan raya kerajaan tempatan, tetapi bukannya bertanding sebagai calon.

The Guardian berkata usaha itu sebagai satu kompromi mengurangkan tekanan tunjuk perasaan yang dirancang untuk diadakan.

Presiden Yemen Ali Abdullah Saleh — sekutu Amerika Syarikat dalam menghadapi rangkaian Al-Qaeda - meningkatkan usaha untuk menangani tunjuk perasaan yang tercetus di seluruh negara itu bagi menggesa beliau melepaskan jawatannya yang disandang sejak 32 tahun lalu.

“Ketika protes aman pagi Jumaat (hari ini)... menuntut penggulingan rejim, mengakhiri amalan rasuah dan keperluan perubahan politik, pihak tentera melepaskan serangan roket ke atas tunjuk perasaan dan menyasarkan berpuluh-puluh orang,” kata satu kenyataan dikeluarkan pihak pemberontak.

Seorang jurucakap puak pemberontak memberitahu Reuters, ribuan orang turun ke jalan-jalan di Harf Sufya, utara Yemen.

Katanya, sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan tujuh lagi cedera.

Kerajaan Yemen yang kaya dengan tunai bersetuju untuk mengadakan perjanjian dengan puak yang memberontak pada Februari 2009 untuk menamatkan perang yang bermula 2004.

Kumpulan pemberontak yang dikenali sebagai Houthis mendakwa diskriminasi di pihak kerajaan dan menyatakan sokongan kepada penunjuk perasaan anti.

Pertempuran di Hamad, Bahrain, tercetus beberapa jam selepas kumpulan pembangkang berkata mereka bersedia untuk berunding dengan kerajaan tanpa syarat.

Demonstrasi di Baghdad merupakan salah satu daripada beberapa kejadian yang disaksikan di seluruh Iraq hari ini - minggu kedua berturut-turut.

Kerajaan Iraq bimbang demonstrasi akan merebak ke bahagian-bahagian lain negara itu.

Tiada ulasan: