KENINGAU KINI
NABAWAN: Rata-rata pemimpin masyarakat di kawasan pedalaman menyokong kenyataan Presiden Parti Bersatu Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang menegaskan bahawa keputusan yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menghantar lebih ramai guru daripada Semenanjung bagi mengisi kekosongan di Sabah dan Sarawak bukan satu penyelesaian yang bijak.
Ketua Daerah Nabawan OKK Sayau Tangkap ketika menyokong kenyataan itu berkata, keputusan itu kurang bijak dan bukan penyelesaian yang seharusnya dibuat.
Beliau berkata, kekurangan guru di Sabah dapat diatasi jika Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil langkah yang bijak dan menyerapkan lebih 520 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dan memberi peluang kepada mereka mengikuti latihan di Institut Pendidikan Guru (IPG).
Katanya, tindakan menghantar lebih ramai guru dari Semenanjung di Sabah seolah-olah menutup peluang anak-anak muda di negeri ini sedangkan mereka juga mempunyai kelayakan untuk mengikuti latihan di IPG.
“Kita tidak berpuas hati jika anak-anak muda yang berkelayakan di negeri ini diketapi untuk mengikuti latihan di IPG” tegasnya.
Katanya, anak-anak muda di negeri ini sering terkandas apabila mengikuti ujian kemasukan dalam Kursus Perguruan Lepasan Izajah (KPLI) menyebabkan mereka tidak tersenarai untuk ditemu duga.
“Alasan yang diberikan adalah mereka tidak mendapat markah yang cukup bagi membolehkan mereka mengikuti temu duga” jelasnya.
Tetapi katanya, adalah mustahil anak-anak muda lepasan Izajah di kawasan Pedalaman semuanya tidak mendapat markah yang cukup.
“Kalau pun lepasan Izajah yang baru tidak memenuhi syarat permarkahan ujian kemasukan KPLI tetapi memadailah jika GSTT yang sudah bertugas lebih daripada dua tahun diserap mengukuti kursus perguruan” tambahnya.
Sementara itu di Tenom, Naib Ketua Umno Bahagian Tenom turut menyokong kenyataan Pairin agar GSTT yang telah bertugas beberapa tahun diberi pengiktirafan dan diberi peluang mengikuti untuk dilatih bagi mengisi kekurangan guru di Sabah dan Sarawak dan bukannya mengimport guru-guru dari Semenanjung.
Katanya, anak-anak muda yang berkelayakan wajar diberi peluang mengisi kekosongan guru di negeri ini.
Seminggu yang lalu Pairin yang juga Timbalan Ketua Sabah berkata, kekurangan guru yang merupakan isu berlarutan sejak beberapa tahun lalu sebenarnya boleh diatasi dengan memberi latihan dan pengiktirafan kepada GSTT yang ramai terdapat di Sabah dan Sarawak.
Pairin turut menyentuh hala tuju kepada 520 GSTT yang baru menamatkan kontrak mereka pada Disember tahun lalu, di mana beliau berpendapat engalaman yang dipeerolehi oleh GSTT itu tidak seharusnya disia-siakan.
Pairin dipetik sebagai berkata, kekurangan ini boleh diisi dengan melatih anak-anak tempatan dalam bidang pendidikan yang lebih formal khususnya para GSTT dan ia harus dimulakan dari sekarang.
Pada pertengahan Februari lalu Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Dr. Mohd. Fuad Zarkahsi telah mengumumkan akan menghantar lebih ramai guru daripada Semenanjung ke Sabah dan Sarawak sehingga kedua-dua negeri berkenaan mendapat tenaga yang mencukupi.
Katanya, kedua-dua negeri itu belum lagi dapat memenuhi kuota guru meskipun setelah melalui satu sesi temu duga terbuka yang diadakan di negeri-negeri tersebut sebelum ini.
17 ulasan:
tak salah jika nak menghanta guru dari semenanjung ke Sabah, tapi kena ada hadnya, sebaiknya utamakan dahulu kepada guru tempatan yang tidak kurang hebatnya dgn guru2 dari semenanjung.
Saya juga sokong dengan kenyataan Datuk Pairin. Menghantar guru dari semenanjung bukan satu keputusan untuk menyelesaikan masalah kekurang guru ini. Harap utamakan guru tempatan terlebih dahulu. Tidakkan semenanjung saja yang mahu menyelesaikan penggangguran. Bagaimana pula dengan rakyat Sabah??Kita tidak mahu Sabah dipenuhi oleh semenanjung. Jika tidak semua jawatan akan dipenuhi oleh mereka, mana untuk rakyat sabah sendiri..
ya...sekarang ini pun sudah banyak guru dari Semenanjung yang mengajar di Sabah tapi kekurangan guru masih berlaku. langkah yang terbaik adalah memberikan keutamaan kepada rakyat Sabah untuk mengisi kekosongan yang ada.
hantar guru dari semenanjung ke sabah bagi mengisi kekosongan yang ada memang bukan penyelesaian jangka panjang yang bijak..ini kerana sudah pasti guru2 dari semenanjung ini akan balik ke tempat asal mereka setelah cukup tempoh perkhidmatan di sabah..maka masalah ini tetap akan ada..
seharusnya penyelesaian yang praktikal harus dilakukan iaitu dengan melatih GSTT sedia ada dan serap dalam perkhidmatan penuh..dan juga mengambil pemohon2 dari sabah sahaja untuk memasuki mana2 program pengajian seperti DPLI dan KPLI dan tempatkan mereka di sabah..
saranan dan cadangan dari pemimpin sabah harus dipertimbangkan oleh pihak kementerian..
Wouldn't it better prioritize our local teachers first?? Our local teachers are as good as the one from WM. All they need is more training.
I'm not against the government sending WM teachers to Sabah but there must be a limit to it.
Kita sendiri sudahpun ada guru tempatan Sabah, tak perlulah susah-payah menghantar ke sini sana.
Lebih baik kita memberi program latihan kepada guru tempatan untuk menjadi guru terlatih dan menggalakkan lebih banyak Sabahan menjadi guru.
ok jg kalo guru dr semenanjung ke Sabah tp kena ada limit. Utama guru2 Sabah. Serap semula GSTT & ambil lebih ramai lagi guru. Berikan mereka ini latihan yg sesuai sbgai bakal pendidik.
Sabah masih banyak pengangguran jadi lebih baik graduan2 Sabah dilatih untuk jadi guru.
betul tu, bukannya tidak mahu menerima guru2 dari luar, namun tenaga tempatan pun tidak kurang hebatnya, cuma perlu diberi peluang dan melalui itu boleh mengurangkan kadar pengangguran bumiputera. bukankah satu langkah yang bijak?
Setiap cadangan yang diberikan oleh org Sabah utk sabah harus diberi perhatian asalkan cadangan itu mampu menambahbaikkan sesuatu keadaan:)
Kalau takda pilihan lain, mungkin tindakan hantar guru semenanjung ke Sabah pilihan bijak namun jika masih ramai guru tempatan Sabah yang berkelayakan gunakanlah khidmat mereka:)
jika benar ramai guru2 semenanjung yang bertugas di Sabah, bermakna negeri2 di Semenanjung mempunyai bilangan guru yang ramai sehingga tidak ada tempat untuk mereka mengajar di negeri masing2.. kemudian Sabah di jadikan mangsa dengan menghantar mereka beramai2 ke negeri ini dan dalam masa yang sama menutup terus peluang guru2 tempatan Sabah untuk berkhidmat di negeri sendiri.
kerajaan atau kementerian yang berkenaan perlu adil dalam memberi peluang kepada rakyat disetiap negeri bagi mengisi kekosongan dalam profesion perguruan. mungkin lebih baik jika pengambilan guru Semenanjung dibekukan untuk sementara waktu memandangkan jumlah mereka sudah terlalu ramai sehingga terpaksa dihantar ke Sabah dan sarawak.
Catat Ulasan