Isnin, 14 Mac 2011

Gempa Jepun: Radiasi loji nuklear lebihi tahap keselamatan

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER

Kakitangan agensi keselamatan nuklear memeriksa loji nuklear di Fukushima Daini. — Foto Reuters
TOKYO — Kadar radiasi yang terdedah dari loji tenaga nuklear milik Tokyo Electric Power Co's (Tepco) di kawasan dilanda gempa bumi terburuk kelmarin melebihi paras keselamatan hari ini dan syariakt itu memaklumkan kerajaan “situasi kecemasan”, kata agensi berita Kyodo.

Pun begitu kata syarikat itu, keadaan itu tidak membawa ancaman ke atas kesihatan, petik laporan Reuters.

Awal pagi tadi, Tepco berkata, ia telah mengambil langkah untuk melepaskan stim radioaktif daripada reaktor di loji Fukushima Daiichi.

Langkah itu diambil ekoran masalah baru di loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi di mana satu lagi reaktor disahkan mengalami kerosakan pada sistem pendinginan kecemasan.

Lebih 140,000 orang telah dipindahkan dari kawasan sekitar loji itu manakala 160 disahkan alami kesan radiasi.

Kelmarin kawasan timur laut Jepun digegarkan dengan gempa bumi pada skala 8.9 dan disusuli dengan tsunami setinggi 10 meter.

Laporan msnbc.com pula berkata, operator loji tenaga nuklear tersebut sedang bertungkus-lumus untuk mencuba dan mengelakkan teras radioaktif daripada mencair manakala pakar-pakar kesihatan berpandangan situasi itu sungguh membimbangkan tetapi tidak memberi ancaman kepada keselamatan.


Pemandangan dari udara kemusnahan di kawasan Natori, Jepun sebelum (kiri) dan selepas dilanda gempa bumi dan tsunami, tengah hari kelmarin. – Foto ihsan laman msnbc

Akhbar Jepun Asahi Shimbum melaporkan, tahap radiasi setiap sejam di kawasan pintu masuk utama Unit Satu loji Fukushima Diichi telah mencapai paras 0.59 micro Sievert, yang mana ia lapan kali lebih tinggi daripada paras normal.

Bagaimanapun kadar radiasi di pusat kawalan pusat reaktor telah mencapai paras 1,000 kali ganda berbanding paras normal, yang bersamaan dengan 70 micro Sievert sejam atau 7 milirem, demikian menurut laporan msnbc.com.

Sebelum letupan dilaporkan lewat semalam, kadar radiasi setiap jam telah mencapai paras 1,015 micro Sievert atau 102 milirem iaitu jumlah yang dibenarkan ke atas seseorang individu dalam setahun, lapor Kyodo memetik kerajaan tempatan Fukushima.

Lazimnya keputusan sinar-X setiap filem membawa kepada pendedahan 8 hingga 10 milirem. Kerosakan pada loji itu akan ekoran gempa bumi kuat pada magnitud 8.9 tengah hari kelmarin, menyebabkan tsunami setinggi 10 meter melanda kawasan timur laut Jepun dan mengakibatkan kira-kira 1,300 orang terbunuh dan 10,000 masih hilang.

13 ulasan:

elia berkata...

Oleh kerana kecanggihan teknologi, rakyat menjadi mangsa.

elia berkata...

Semoga kecangihan yang mereka miliki dapat memulihkan keadaan.

Mohd Ishak berkata...

Negara yang canggih seperti Jepun pun akan menghadapi kemalangan loji nuklear. Apa akan terjadi jika Malaysia turut menggunakan loji nuklear?

Mohd Ishak berkata...

Harap kerajaan Malaysia akan membatalkan niat untuk menggunakan kuasa nuklear.

Unknown berkata...

Malaysia should say NO to nuclear power plant.

Tanpa Nama berkata...

semoga Jepun dpt mengatasi masalah ini demi keselamatan dan kesihatan penduduk.

samm berkata...

harap keadaan akan menjadi lebih baik dan tidak akan bertambah buruk.

Tanpa Nama berkata...

Malaysia perlu belajar dari pengalaman negara2 yang sudah melaluinya...

Bujang Senang berkata...

Jepun perlu mencari sesuatu untuk menyelesaikan masalah nuklear tersebut.

Paquin berkata...

Lihat apa yang berlaku dengan bumi sekarang... Inilah balasannya jika terlalu rakus mengejar teknologi... huhuu

Paquin berkata...

Sungguh menakutkan:( Harap2 keadaan di Jepun masih terkawal.

Tanpa Nama berkata...

Lihatlah... akhirnya kita diancam oleh teknologi buatan sendiri..

Tanpa Nama berkata...

Moga Malaysia janganlah lagi mempunyai pendapat kedua untuk meneruskan tenaga nuklear ini. Tengok apa hasilnya jika berlaku kebocoran??