Dari Vesuanathan Suppiah, melalui e-mel
Saya amat sedih bila dapat tahu bahawa satu lagi video lucah yang melibatkan seorang ahli politik kanan telah disiarkan kepada beberapa tokoh media oleh seorang bernama Datuk T di Kuala Lumpur pada hari semalam.
Berita ini telah tersebar luas di media baru dan ada yang melaporkan bahawa tokoh itu terlibat dengan seorang wanita rakyat Negara China! Hairan betul, bagaimana kita dapat membuat kesimpulan yang wanita didalam adegan itu kerakyatan China?
Ada logo atau bendera republik di badan wanita tersebut ke? Boleh Datuk T beri penjelasan? Mengapa wanita keturunan Cina? Ada kait mengait dengan kisah dalam buku Interlok ke? Saya tak pasti, tapi saya fakir ada mesej tersirat.
Saya pulang ke rumah sedikit awal untuk menonton berita TV; Buletin Utama TV3 telah memberi keutamaan kepada cerita video lucah ini sehingga berita kemangkatan Bonda DYMM Agong telah diketepikan dan disiar selepas berita video lucah.
Saya amat hairan dan marah dengan tindakan pihak editor berita TV3 yang tidak langsung hormat pada kedaulatan Raja-raja Melayu.
Di mana pergi presiden Perkasa yang kononnya mempertahankan kedaulatan Raja-raja – tetapi beliau sibuk bising pasal video lucah.
Apakah ini bentuk budaya yang kita ingin warisan kepada anak-nak muda bangsa? Perkara pemimpin politik dicemari oleh video lucah dan gambar stil lucah sudah menjadi hal biasa – pemimpin BN mahupun PR – maka, tak perlulah ia di heboh-hebohkan begitu ketara hingga menjadi percakapan topik sekeluarga.
Pemimpin dan Pentadbir media ada tanggung jawab penting membentuk minda masyarakat – jangan jadi pengamal upahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan