BERA: Seorang anak peneroka Felda Bukit Mendi, Roslan Abu Bakar, hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Temerloh terhadap Pejabat Tanah Bera kerana mendakwa berlaku penipuan dan tuntutan palsu terhadap tanah arwah ayahnya.
Roslan, 50, yang kini menetap di Kula Lumpur, berkata ayahnya Mohamad Nor @ Abu Bakar Sulaiman telah beberapa kali menerima surat amaran tuntutan cukai tertunggak dan notis 6 A berjumlah sehingga RM3,000
“Beberapa bulan sebelum kematian ayah saya, arwah juga ada menerima surat yang sama dari Pejabat Tanah Bera sehingga dia merasa sangat takut dan sanggup menjualkan tanah pusaka arwah ibunya yang terletak di Negeri Sembilan.
“Apabila semakan dibuat melalui penyata pada tahun 2004, iaitu pada kali terakhir ayah saya membayar cukai, ia tertunggak hanya RM1,309. Saya syak berlaku penipuan kerana cukai tanah sebelum itu hanya RM205,” ujarnya.
Menurut Roslan, ada kemungkinan wang cukai yang dibayar ayahnya cukai tanah yang dalam proses tanam semula pada tahun 1998 hingga beliau bersama ayahnya mengambil alih dan memulihkan ladang yang diberikan Felda itu pada 2003.
Tambahnya, dalam tempoh itu (1998 hingga 2003) Felda hanya membayar cukai sebanyak RM199 sebulan.
“Saya mahu penyiasatan dans eterusnya tindakan undang-undang diambil terhadap penipuan dan tuntutan palsu oleh Pejabat Tanah Bera selain daripada menebus maruah ayah saya yang kononnya cuai dan culas untuk membayar cukai.
“Tindakan salah itu bagi kami amat menyusahkan dan memalukan juga menyebabkan kami sekeluarga tidak dibenarkan untuk mengadakan bicara kuasa sejak 2008,” jelasnya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan