Jumaat, 25 Jun 2010

Taib: Siap sedia hadapi pilihan raya negeri

BERNAMA



Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, hari ini berkata Barisan Nasional (BN) Sarawak sedang bersiap sedia bagi pilihan raya negeri yang mesti diadakan menjelang Julai tahun depan tetapi tidak membayangkan bila ia akan diadakan.

Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata, pemimpin empat parti komponen BN Sarawak telah diarahkan supaya mempersiapkan diri semasa permukiman tahunan BN negeri selama dua hari yang diadakan di Taman Negara Mulu di Miri yang berakhir semalam.

"Ia (pilihan raya negeri) boleh diadakan tidak lama lagi atau kemudiannya, ia tidak penting sangat tapi kami sedang menyiapkan diri bagi menghadapinya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Napolean Hill Convention 2010 di Kuching.

Permukiman adlah forum bagi wakil rakyat BN negeri dan setiausaha politik untuk mengenal pasti isu dan masalah yang perlu diselesaikan sebelum pilihan raya.

Ketika ditanya jika beliau mempunyai nombor kegemaran yang mungkin menggambarkan tempoh masa pembubaran dewan undangan negeri bagi memberi jalan kepada pilihan raya, Taib berkata pendekatan sedemikian tidak penting kerana keutamaan BN ialah mengutamakan kepentingan rakyat dan bukan hanya memenangi pilihan raya.

"Apa yang penting bagi kami (BN negeri) ia untuk memastikan politik berkaitan dengan persoalan memperbaiki kehidupan rakyat dan bukan setakat memenangi perdebatan atau cuba untuk mendapat kuasa," katanya sambil menambah sesetengah pihak telah mendapat kuasa sedemikian tetapi tidak tahu menggunakannya untuk kepentingan rakyat.

Pada pilihan raya negeri 2006, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memenangi 34 daripada 71 kerusi dewan negeri, diikuti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan 11 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) sembilan dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) lapan.

Da
lam perkembangan sama, Taib berkata persoalan sama ada Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) boleh diterima semula di dalam kerajaan, berikutan keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan pembatalan pendaftarannya, perlu dibincangkan dengan rakan BN negeri yang lain.

"Adalah lebih baik tidak memikirkan mengenai apa yang telah berlaku pada masa lalu kerana kini ia telah selesai (sejak SNAP keluar BN) dan parti-parti lain telah membuktikan prestasi mereka dalam pilihan raya nampaknya berdaya maju," katanya ketika merujuk kepada SPDP, salah satu cabang SNAP dan PRS, yang diwujudkan selepas Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dibatalkan pendaftarannya berikutan krisis kepimpinannya.

"Kamu tidak boleh menyingkirkan mereka dan menggantikannya dengan orang lain," katanya.

Tiada ulasan: