Berita Harian hari ini memuatkan berita bahawa nisbah kaum yang mendaftar sebagai pemilih baru 1:40 antara Melayu dan Bukan Melayu memang sesuatu yang tidak memelikkan.
Ini kerana pemuda dan pemudi Melayu memang tidak mengambil pusing tentang kepentingan mendaftar sebagai Pemilih. Mereka leka dengan hiburan dan keseronokan yang ditaja digalakkan oleh kerajaan BN sendiri.
Selain itu ramai remaja dan pemuda melayu yang menjadi mat dan minah rempit juga ramai yang mendiami Pusar Serenti dan terjebak dengan dadah.
Ini berbeza dengan pemuda-pemudi bukan Melayu yang sedar betapa pentingnya mendaftar sebagai pemilih. Mereka tahu dan sedar impak dan kesannya mendaftar sebagai pemilih sebab itu mereka segera mendaftar sebagai pemilih apabila umur mereka mencapai 21 tahun.
Bagi blog ini hanya satu sahaja cara untuk mengatasi masalah ini iaitu SPR diberi kuasa untuk mendaftar pemilih secara automatik di mana pangkalan data mengenai semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun boleh diperolehi terus dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Masalahnya sekarang kita berasa hairan dan pelik mengapa kerajaan tidak mahu memberikan kuasa kepada SPR dan JPN untuk menjalankan pendaftaran secara automatik seperti yang telah lama dituntut oleh BERSIH dan Pakatan Rakyat |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan