TV SELANGOR
Kerajaan Selangor juga menetapkan tanggal 26 Jun setiap tahun sebagai Hari Ilmu di negeri ini.
Kira-kira 15,000 masyarakat membaca secara santai dan serentak dalam program Pesta Buku Selangor yang diperakui Malaysia Book of Record sebagai Largest Outdor Reading Event in Malaysia.
Exco Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata pengistiharan itu sejajar dengan program berkembar Gerakan Membaca Perdana dan Gerakan Menulis Perdana.
Ia sebahagian program penganjuran Pesta Buku Selangor yang bermula 25 Jun hingga 5 Julai depan.
Sebanyak 114 gerai melibatkan lebih 58 syarikat penerbit dan pencetak buku tempatan serta agensi-agensi kerajaan, mengadakan pameran dan jualan, menyertai pesta buku ini.
Kira-kira 400 ribu orang dijangka bakal mengunjungi pesta buku ini.
"Kerajaan negeri telah pun sebulat suara menetapkan satu hari sebagai hari ilmu ini.Pada hari ini 26 jun kita mengistiharkan hari ini hari Ilmu," katanya.
Halimah berkata kerajaan negeri juga mengilhamkan penulisan buku memperihalkan negeri ini, yang ditulis dan dimulai Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Buku ini bertajuk Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan yang memuatkan impian,c adangan dan idea-idea untuk merealisasikan hala tuju Selangor 2025.
Halimah mengalu-alukan segenap lapisan masyarakat menyertai penulisan buku ini.
"Kita mensasarkan sekurang-kurangnya seribu orang akan menulis untuk buku yang kita sebutkan tadi," katanya.
Antara acara kemuncak ialah pembacaan buku melibatkan 15,000 orang yang mencatat rekod Malaysia Book of Record sebagai Largest Outdor Reading Event in Malaysia.
Suasana meriah ini berlangsung di pinggir Tasik Shah Alam berdepan Kompleks PKNS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan