Isnin, 28 Jun 2010

Ong: Kes PKFZ masih jauh dari penyelesaian

Kuek Ser Kuang Keng & Joseph Sipalan

EKSKLUSIF Dalam bahagian pertama daripada tiga bahagian wawancara dengan bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee

Walaupun bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), OC Phang dan tiga orang lagi, telah ditahan dan menunggu perbicaraan berhubung skandal tersebut, tetapi Ong yakin ada lagi yang belum terungkap.

Ong (kanan) - yang digugurkan daripada kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rombakan baru-baru ini - menegaskan beliau mempunyai maklumat mengenai mereka yang disebut dalam laporan audit PricewaterhouseCoopers (PwC), tetapi enggan memberitahu butiran terperinci mengenainya.

"Dalam kedudukan saya sebagai menteri, sudah tentu saya tahu beberapa nama lagi yang disebutkan dalam laporan tersebut," katanya dalam wawancara eksklusif Malaysiakini.

"Adakah tidak bersesuaian bagi saya mengumumkan nama-nama ini kerana penyiasatan masih boleh berjalan. Saya tidak dapat pastikan sama ada mereka yang disebut (dalam laporan itu) telah disiasat atau tidak."

Ong, yang juga gagal mempertahankan jawatan presiden MCA dalam pemilihan parti itu Mac lalu, berkata pihak penyiasat mengambil masa yang lama untuk mengemaskini kemajuan (siasatan) mereka, dan rakyat sudah letih menunggu.

Ong turut bertanya sama ada pasukan petugas khas sebelas anggota yang dilantik kerajaan untuk menyiasat skandal itu, telah menyerahkan laporannya.

"Saya tidak yakin jika ada laporan seumpama itu... kini ia telah melebihi tempoh enam bulan (sejak siasatan bermula). Tetapi ianya terserah kepada budibicara mereka (untuk mengeluarkan laporan tersebut).

"Apa yang orang ingin lihat ialah apa yang selanjutnya. Selain untuk melihat keadilan, mereka juga ingin tahu apa yang terjadi kepada wang rakyat, tindakan apa yang akan diambil jika betul-betul ada tuntutan palsu... semua ini adalah soalan yang sering diajukan," katanya.

Tiada ulasan: