MALAYSIA KINI | ||
|
"Kami telah mendapat jawapan kepada surat kami bertarikh 28 Jun memohon penjelasan berhubung artikel mengenai Felda dan kita akan mengkajinya.
"Tetapi masih ada masa. Mereka akan hanya menerbitkan edisi seterusnya pada pertengahan Julai,” katanya.
Suara Keadilan telah mendapat permit surat berita parti politik dari KDN pada 2007 dan pernah digantung selama tiga bulan pada 2008.
Minggu lalu, Suara Keadilan diberikan surat tunjuk sebab berhubung artikelnya yang mendakwa Felda bankrap.Katanya, perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat panel permit penerbitan yang diadakan dua kali seminggu dan dipengerusikan oleh ketua setiausaha, kementerian itu, Datuk Mahmood Adam.
Zaitun berkata pihaknya juga sudah menerima sepucuk surat daripada peguam Suara Keadilan berhubung tiga surat yang dihantar sebelum 28 Jun.
Semalam, ketua pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib memberitahu Malaysiakini peguam berkenaan memohon tiga salinan surat daripada kementerian yang didakwa belum diterima.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan