Isnin, 28 Jun 2010

Surat tunjuk sebab tiga ahli SUPP


logo-supp Oleh Roselind Jarrow


KUCHING: Setiausaha Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Bengoh Liu Thian Leong berkata kepimpinan parti itu hendaklah bertanggungjawab di atas prestasi buruk yang ditonjolkan ketika pilihan raya negeri pada 2006 lalu serta pilihan raya di Sibu.

SUPP kehilangan lapan kerusi pada pilihan raya negeri lalu serta kalah kepada pembangkang dalam satu lagi pilihan raya baru-baru ini.

"Jika mereka orang yang bertanggungjawab, mereka perlu bertanggungjawab di atas kehilangan kerusi tersebut. Mereka perlu menjelaskan tindakan mereka itu kepada parti," katanya.

Liu bersama-sama Ketua Pemuda Cawangan Bengoh Lee Chee Fui, dan Setiusaha Pemudanya Chong Jit Leong dijangka menerima surat tunjuk sebab daripada jawatankuasa pusat parti hari ini.

Keputusan mengeluarkan ketiga-tiga surat tunjuk sebab itu telah dibincangkan pada hujung minggu lalu oleh jawatankuasa yang kurang senang berhubung kritikan ke atas pihak kepimpinan.

Bercakap benar

Liu berkata parti mengalakkan ahli-ahli untuk bercakap benar, dan apabila ia dibuat, mereka diberi surat tunjuk sebab.

"Kami bercakap benar dan menyatakan perasaan ahli-ahli (cawangan) mengenai pelantikan Lo Khere Chiang sebagai Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan," katanya.

"Apa kesalahan yang kami lakukan sehingga dikenakan tindakan disiplin seperti ini? Kami ingin tahu dan kami sudah sedia dengan penjelasan," soal beliau.

Minggu lepas, Chong mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan kewajaran kepimpinan parti dalam melantik Lo sebagai Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan.

"Kami cukup kecewa dengan kepimpinan parti yang tidak melantik Ahli Dewan Undangan Negeri Bengoh, Dr Jerip Susil sebagai Pengerusi MPP.

"Ia seperti SUPP pusat tidak menghargai sumbangan yang dibuat oleh SUPP cawangan Bengoh," kata Chong dan kenyataan itu turut disokong oleh Liu dan Lee.

Presiden SUPP George Chan berkata: "Biar ini menjadi satu amaran jelas untuk ahli parti bahawa tindakan disiplin akan diambil ke atas sesiapa menentang atau mengkritik parti itu dalam media.

"Mereka diberi 14 hari untuk menjawab surat tunjuk sebab itu. Jika ahli parti tidak gembira dengan kepimpinan parti, masih ada

Tiada ulasan: