PENYERTAAN mantan Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) cawangan kampung Batu Tiningkang, Laibit bin Asik kepada Parti Keadilan memecah tembok PBS-BN yang dikatakan kebal di kawasan Melalap, Sabah.
Laibit ketika dihubungi Sabahkini.net berkata, beliau membuat keputusan menyertai pembangkang melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai tanda protes beliau kepada Kerajaan BN yang gagal melunaskan segala janji pada pilihanraya Ke-12 untuk memperbaiki jalan dan banyak lagi perkara lain.
Laibit menyandang jawatan Ketua Pemuda sejak penubuhan PBS, baru kali pertamanya berpindah parti kerana kecewa dengan cara kerajaan BN mentadbir Sabah kerana tidak mengikut keperluan dan aspirasi rakyat, seperti ungkapan yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, “Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.”
Menurut Laibit, jalan raya mereka terlalu teruk apabila hujan dan nyaris keluarganya menjadi mangsa kerana kereta yang dipandu adiknya terbabas ke kawasan gaung kerana jalan terlalu licin.
Apabila diasak pertanyaan dari Sabahkini.net, siapakah yang salah dalam perkara itu, Labit berkata, sebenarnya penduduk kampung tidak juga memberi tekanan semata-mata kepada wakil rakyat kerana beliau juga telah bersetuju meluluskan semua permohonan daripada JKKK.
Bagaimanapun, tegas Laibit, mungkin semua itu berpunca daripada kelemahan jabatan berkaitan, ditokoh tambah pula oleh pekerja di jabatan-jabatan kerajaan Tenom yang majoritinya orang umno-BN dan mereka tahu kawasan PBS menjadi satu faktor kurang mendapat perhatian.
“JKKK tidak ada kekuatan untuk mendesak kepada Jabatan Kerajaan kerana kuasa JKKK terhad, berbanding dengan kuasa Wakil Rakyat,” kata Laibit yang agak berang dengan pentadbiran Kerajaan BN.
Ditanya Sabahkini.net lagi, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah adakah masalah penduduk kampung Batu Tiningkang dapat diselesikan?
“Saya tidak memikirkan semua itu kerana PKR tidak meletakkan janji seperti dijanjikan oleh BN, namun penduduk kampung sudah tentu itulah harapan mereka setelah berlaku transformasi,” ujar Laibit lagi.
Kerajaan UMNO-BN masih mengamalkan berat sebelah dan gagal mengamalkan konsep perkongsian kuasa, khususnya di Pejabat Daerah yang majoriti kakitangannya penyokong UMNO dan perkara ini dibiarkan sahaja sekian lama sekalipun Setiausaha Kerajaan Negeri mengetahui ketidak seimbangan ini berlaku.
Jumaat, 25 Jun 2010
PBS MEMECAH TEMBOK TRADISINYA?
Oleh: HJ.WAHAB TIMPAI.(sabahkini)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan