Selasa, 1 Jun 2010

Liwat II: Saiful nafi plastik disumbat ke duburnya

Hafiz Yatim

Perbicaraan liwat II membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguamnya, Karpal Singh sekali lagi memohon mahkamah bagi membekalkan pihaknya dengan senarai saksi.

Menurut Karpal pihaknya telah menghubungi pemilik kondominium di mana pengadu yang juga saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa tempat dia diliwat, tetapi gagal menghubunginya.

"Kami perlukan bantuan daripada pihak pendakwaan. Saya pasti dia (pemilik kondo) itu juga akan dipanggil (sebagai seorang saksi).”

Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwa berkata beliau hanya mengetahui berhubung permohonan senarai saksi pendakwaan telah dibuat hari ini.

Ketika disoal-balas Karpal, Saiful menceritakan bahawa ayahnya bercerai dengan ibunya semasa dia berada di darjah satu.

Karpal yang berkerusi rodak kemudian bertanya mengenai adik perempuan Saiful - Saidati yang dikatakan mengikut seorang lelaki dan berkahwin di Thailand.

Beliau NONEkemudiannya menyemak semula keterangan awal Saiful mengenai perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bekas setiausaha politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Noor 9sekarang ini senator), Datuk Rodwan Mohd Yusof (ketika itu pengarah Jabatan Siasatan Jenayah yang sekarang ini Ketua Polis Melaka), bekas ratu trek negara, Datuk Mumtaz Jaafar yang merupakan sahat akrab isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, rakannya Rahimi Osman, bapa saudaranya yang dikenali sebagai Tuah danseorang guru agama yang dipanggil Atuk.

Karpal kemudian bertanyakan kepada Saiful sama ada Najib, Mumtaz, Rodwan, Ezam ada membuat laporan polis berhubung dakwaannya yang dia diliwat oleh Anwar.

SaifulNONE menjawab dia tidak tahu.

Karpal: Ada Timbalan Perdana Menteri beri apa-apa nasihat?

Saiful: Pada mulanya beliau terkejut, ragu-ragu. Tapi lepas cerita
dengan terperinci, beliau kata beliau tidak boleh buat apa-apa kerana ini adalah masalah peribadi Anwar dan melibatkan masa depan saya.

Karpal: Adakah pada bila-bila masa anda membuat laporan polis mengenai aduan yang dibuat kepada Timbalan Perdana Menteri, dan orang lain tadi?

Saiful: Sebelum 26 Jun 2008 (dakwaan berlaku liwat), saya tidak
membuat laporan polis.

Karpal: Tidak ada siapa yang beri nasihat kepada anda supaya membuat laporan polis?

Saiful: Tidak ada. Mereka bimbang tentang masa depan saya.

NONEPertikaman lidah berlaku antara Karpal dan Mohd Yusof apabila peguam utama Anwar itu berhujah Najib dan yang lain boleh diheret ke mahkamah kerana tidak membuat laporan polis berhubung dakwaan Saiful (kiri) diliwat.

"Di bawah Seksyen 13, Kanun Prosedur Jenayah, adalah satu prosedur bagi seseorang untuk membuat laporan polis. Jika ini tidak dilakukan, ia adalah satu kesalahan mengikut sekyen 202, Kanun Keseksaan,” kata Karpal.

Karpal: Jika TPM atau yang lain tidak membuat laporan polis, mereka telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjarakan. Tahu atau tidak?

Saiful: Saya tidak tahu.

Karpal: Tidak mengapa, saya akan beritahu awak sekarang. Apa yang anda beritahu TPM adalah perkara serius iaitu anda diliwat tanpa kerelaaan

Karpal kemudianya bertanya kepada Saiful berhubung acara mengangkat sumpah yang dilakukannya di Masjid Wilayah Persekutuan, beberapa hari sebelum hari peenamaan calon pilihan raya kecil Permatang pauh yang ditandingi oleh Anwar, dua tahun lalu.

Pada acara itu, Saiful menjunjung al-Quran di hadapan seorang iman sambil mendakwa dia diliwat oleh Anwar.

azlanDia menafikan acara mengangkat sumpah itu sesuatu yang dirancang dan berkata dia memang berhasrat melakukannya lebih awal.

Karpal: Kenapa buat pada tarikh dekat dengan hari penamaan calon?

Saiful
: Ini kebetulan (jawapan Saiful membuatkan orang awam yang duduk di tempat duduk awam ketawa). Saya nak angkat sumpah awal pada bulan Julai tapi keadaan tidak izinkan.

Karpal: Saya cadangkan ini rancangan anda untuk tentukan Anwar kalah. Itu tujuannya, bukan?

Saiful
: Tidak setuju.

Karpal kemudiannya memohon supaya pemeriksaan balasnya terhadap Saiful ditangguhkan dan pihaknya akan memanggil semula Saiful.

Yusof pula kemudiannya bertanyakan Saiful berhubung pengalamannya di Hospital Pusrawi, tempat pertama yang dilawatinya untuk menjalani ujian perubatan.

Saiful berkata beliau tidak pernah memberitahu Dr Osman Abdul Hamid dari Pusrawi, yang merawatnya, bahawa ada terdapat kemasukan objek plastik di bahagian duburnya.

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan  anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 08“Saya juga tidak pernah berkata perkara seumpama itu kepada doktor atau polis di Hospital Kuala Lumpur.”

Ketika diminta membaca laporan perubatan oleh Dr Osman (kiri), Saiful berkata beliau tidak berapa jelas dengan laporan perubatan yang ditulis tangan itu.

Menjelaskan semula mengenai kenyataan medianya kepada laman web Malaysiakini, bahawa kejadian liwat itu merupakan pertama kali berlaku, Saiful berkata : "Maksud kenyataan saya itu ialah kejadian yang berlaku adalah pertama kali yang dilakukan oleh Anwar".

Kepada soalan lain, Saiful juga berkata semua orang yang beliau temui berhubung kejadian liwatnya tidak menggalakkan beliau membuat laporan polis kerana bimbang dengan masa depannya kerana beliau masih muda.

saiful bukhari azlan medical report pusrawi sodomyAnwar didakwa meliwat Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Tiada ulasan: