Selasa, 1 Jun 2010

Lawatan ke kondo gagal, peguam Anwar bawa pakar Australia

THE MALAYSIAN INSIDER


Anwar dengan diiringi isteri dan anaknya meninggalkan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur petang ini. Kes ditangguhkan sehingga Khamis. — Gambar Jack Ooi
KUALA LUMPUR — Prosiding kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disambung Khamis ini dengan peguam pembela akan membawa seorang pakar forensik perubatan dari Australia.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah membuat keputusan itu selepas lawatan semula ke premis kondominium — tempat kejadian meliwat didakwa berlaku, tidak berhasil hari ini.

Peguam utama Anwar memberitahu, pihaknya akan membawa pakar untuk meneliti perakuan dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur.

Pakar itu, Dr David Wells dijangka tiba di Malaysia pada pukul 7 pagi Khamis ini.

Tiada ulasan: