Ahad, 6 Jun 2010

Judi: Ibrahim Ali tawar RM2,000

UTUSAN ONLINE

PASIR MAS - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menawarkan wang sebanyak RM2,000 kepada sesiapa sahaja yang memberikan rakaman ceramah pemimpin pembangkang yang mengaitkan beliau dengan mana-mana syarikat perjudian.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata, rakaman tersebut akan digunakan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin pembangkang terbabit sekiranya terus membangkitkan isu tersebut.

Beliau berkata, tindakan menyaman itu perlu diambil kerana ia telah mengaibkannya dengan menjaja fitnah yang ditimbulkan oleh seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini.

"Hari ini saya mengulangi sumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak terlibat dengan mana-mana syarikat judi termasuk syarikat milik Tan Sri Vincent Tan malah saya sanggup terkeluar dari Islam sekiranya saya betul-betul ada saham dalam syarikat judi.

"Kepada sesiapa saja yang mendengar tuduhan dan ceramah yang dibuat oleh pemimpin PKR serta Pas, saya minta rakam ceramah itu diberikan kepada saya, saya akan bayar RM2,000,

"Saya tidak akan teragak-agak untuk menyaman sesiapa saja yang masih bercakap pasal perkara ini lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perarakan patung 'dajal' Benjamin Netanyahu di seluruh pekan ini di sini hari ini.

Tiada ulasan: