Selasa, 29 Jun 2010

BN Beri Amaran Kepada Ketua Kaum Di Sarawak

TV SELANGOR

Mana-mana Ketua Kaum yang menyokong pembangkang dalam pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang akan ditamatkan perkhidmatan serta-merta kerana ia adalah satu tindakan salah laku yang amat serius, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak Datuk Seri Michael Manyin.

"Ketua Kaum adalah ejen kerajaan, yang membantu dalam pembangunan masyarakat setempat dan bukannya menentang kerajaan," kata pada majlis penyerahan surat pelantikan dua Temenggong Samarahan mewakili masyarakat Bidayuh dan Melayu di Samarahan hari ini.

Di Sarawak, jawatan Temenggong yang mewakili kaum tertentu di peringkat bahagian adalah hirarki tertinggi sistem pentadbiran setempat diikuti Pemanca di peringkat daerah, Penghulu dan akhir sekali Ketua Kaum.

Manyin berkata oleh kerana pilihan raya negeri Sarawak semakin hampir, semua Ketua Kaum perlu meningkatkan usaha untuk membantu kerajaan memberi maklumat mengenai kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan negeri terutama sekali membawa pembangunan ke kawasan pedalaman kepada penduduk setempat.

Beliau berkata, jawatan Ketua Kaum kini bukan kekal sepanjang hayat dan telah dihadkan tempoh selama empat tahun.

11 ulasan:

Ted Medresher berkata...

mana2 ketua kaum yang menyokong pembangkang menunjukkan kegagalan mereka melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat, oleh sebab itu mereka beralih kepada pembangkang dan kononnya kerajaan lah yang salah sedangkan mereka yang patut bertanggungjawab.

Hamdan Hadillah berkata...

saya tidak berapa tahu dalam hal ini, tapi pendapat saya itu terpulang dengan ketua kaum itu sendiri macammana. tapi sekiranya kita sudah diamanahkan oleh seseorang, kita haruslah menunaikan amanah yang telah diberi. jadi fikirkanlah dan renung-renungkan..

jack berkata...

ketua kaum yang dilantik oleh kerajaan haruslah menjalankan tanggungjawab mereka menyampaikan maklumat mengenai kerajaan kepada kaum masing2..
jawatan ketua kaum yang dihadkan kepada 4 tahun sahaja adalah untuk meningkatkan kecekapan sistem yang digunakan...selain itu ia juga dapat memberikan peluang kepada yang lain untuk berkhidmat kepada kaum masing2 sebagai ketua..

Tanpa Nama berkata...

ketua kampung haruslah berkhidmat untuk kerajaan, kerajaan yang membayat gaji mereka, oleh itu, ketua kampung harus menunaikan tanggungjawabnya dan tidak mengkhianati kerajaan.

Hamdan Hadillah berkata...

ketua kaum memainkan peranan untuk membantu kerajaan. jadi harap ketua kaum tidak akan sia-siakan tugas yang telah diberikan jalankanlah tugas yang telah diberi itu.

Mei berkata...

Saya bersetuju dengan tindakan kerajaan utk menamatkan perkhidmatan ketua kaum jikalau mereka menyokong pembangkang dlm pilihan raya. Ketua Kaum harus mengingat bahawa mereka adalah ejen kerajaan yang membantu dalam pembangunan masyarakat setempat. Mereka harus menyokong kerajaan dan bukan sebaliknya. Diharapkan ketua kaum menjalankan tugas mereka.

jack berkata...

sebagai ejen kerajaan di peringkat akar umbi, ketua kaum haruslah menyampaikan segala maklumat yang benar tentang kerajaan..khabar2 angin yang sengaja diperhebohkan haruslah diketepikan kerana ianya tidak benar dan dibuat atas kepentingan politik sesetengah orang..

Unknown berkata...

You were given a post to serve to the people on behalf of the Govt and any issues or problems arise, you need to report back to the BOSS. You were given the post as in to show that you are loyal. Otherwise, you will will have to face the music sooner or later..:)

Boten_Trish berkata...

Sepatutnya mereka berkhidmat dan menunjukkan kesetiaan terhadap Government.

jsiput berkata...

Moga-moga mereka akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sepenuh hati dan sentiasa setia kepada kerajaan.

khalid berkata...

Tukar saja kepada ketua kaum yang lain kerana ia hanya menjejaskan parti BN di daerah itu.