Ahad, 3 Januari 2010

Zahid: Kes enjin hilang tunggu tindakan AG

MALAYSIA KINI


Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hanya peguam negara sahaja yang berhak mengeluarkan kenyataan mengenai siasatan kes kehilangan enjin pesawat jet pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), serta menentukan tindakan undang-undang yang bakal dilaksanakan.

"Polis sudah menyerahkan sepenuhnya kertas siasatan (kes itu) kepada peguam vegara, dan kini tunggu peguam negara untuk ambil tindakan undang-undang melalui mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melepaskan peserta Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 7/2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil, lapor Bernama.

Media baru-baru ini melaporkan kehilangan enjin jet pejuang F-5E TUDM pada 2007 yang dikatakan dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa luar negara.

TUDM mula mengoperasikan pesawat F-5E itu pada 1974, dan pada 1999 perkhidmatan pesawat itu ditamatkan dengan tugas sebagai pesawat tempur barisan hadapan diambil alih oleh pesawat MiG-29N dan F/A-18D.

Bagaimanapun, pada 2003 pesawat itu diaktifkan semula sebagai pesawat latihan dan tinjauan bagi menampung keperluan semasa.

Tiada ulasan: