Isnin, 25 Januari 2010

Laporan polis satu bentuk ugutan, Zulklifi patut dipecat

MALAYSIA KINI



Penyelaras Pakatan Rakyat, Zaid Ibrahim (bawah) mencadangkan ahli parlimen PKR dari Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dipecat.

Menurut beliau, Pakatan tidak mampu mempunyai wakil rakyat yang menentang pembaharuan.

"Jika dia berkata cadangan pindaan undang-undang adalah salah, ia adalah okay. Tetapi apabila dia membuat laporan polis, tindakan itu satu bentuk ugutan,” katanya pada sidang media.

Zaid yang juga ahli majlis pimpinan PKR mengulas laporan polis yang difailkan ke atas ahli parlimen PAS, Khalid Samad yang mencadangkan enakmen agama Selangor dipinda.

Zaid juga memberi amaran imej Pakatan sebagai juara demokrasi akan tercalar jika gabungan itu tidak bertindak ke atas Zulklifi (kanan).

"Jika tidak 'Middle Malaysia' akan tanya apa pendirian kita dan parti kita akan menjadi bahan ketawa. Kita bukan Umno atau Barisan Nasional," katanya.

Tiada ulasan: