MYMETRO ONLINE
NIBONG TEBAL: Mahkamah Majistret Jawi di sini, hari ini membatalkan waran tangkap terhadap Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu dan sembilan penyokongnya yang gagal menghadiri perbicaraan du mahkamah itu semalam.
Majistret Nur Ashikin Mokhtar mengeluarkan perintah itu selepas peguam yang menwakili semua tertuduh, Yusnita Yusoff, memohon supaya waran itu tidak dikeluarkan kerana berlaku kesilapan teknikal mengenai tarikh perbicaraan.
Yusnita memberitahu mahkamah bahawa kesilapan itu kerana pihak pembelaan menjangkakan kes itu tidak akan berjalan memandangkan Majistret Mohd Izham Ali yang mengendalikannya sedang berkursus.
Timbalan Pendakwa Raya Mukhriz Mat Rus tidak membantah permohonan peguam bela itu.
Kesemua tertuduh hadir di mahkamah hari ini.
Majistret Nur Ashikin dari Mahkamah Butterworth yang menggantikan Mohd.Izham
Tiada ulasan:
Catat Ulasan