Selasa, 28 April 2009

Kesahihan MB Perak: Mahkamah Tinggi diminta putuskan

MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan memutuskan agar Mahkamah Tinggi yang menentukan fakta-fakta yang menjadi pertikaian berhubung soal pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam krisis politik Perak, yang bermula awal Februari lalu.

Sidang lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Alauddin Mohd. Sheriff membuat keputusan sebulat suara hari ini dengan menekankan bahawa terdapat fakta-fakta dipertikaikan yang harus didengar oleh Mahkamah Tinggi.

Permohonan untuk semakan kehakiman ditetapkan 4 Mei ini.

Dalam permohonannya, bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar kesahihan pelantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar negeri itu.

Tiada ulasan: