Jumaat, 24 April 2009
Umno: 8 Pengerusi Negeri muka baru, Najib ketuai Selangor
Muhyiddin terajui Umno Wilayah Persekutuan
Oleh ARIFUDDIN ISHAK
KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing menerajui Badan Perhubungan Umno Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Ia sebahagian daripada lapan ketua Umno Negeri yang baru dilantik hari ini.
Umno Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu masing-masing dipimpin oleh tiga Naib Presiden manakala Perak diterajui oleh Menteri Besar.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Pulau Pinang, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal (Kedah), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Terengganu) dan Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengetuai Umno negeri tersebut.
Ketika mengumumkan rombakan kecil barisan kepimpinan Umno negeri dan ibu pejabat parti di sini hari ini, Najib mengekalkan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Setiausaha Agung dan melantik Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah sebagai Bendahari Agung yang baru menggantikan Datuk Abdul Azim Zabidi.
Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan dilantik Ketua Penerangan Umno bagi menggantikan Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
"Pelantikan-pelantikan ini berdasarkan peruntukan perlembagaan Umno," kata Najib selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, yang pertama dipengerusikannya selepas mengambil alih pucuk kepimpinan parti pada 28 Mac lepas.
Berikut ialah pelantikan jawatan Umno yang diumumkan oleh Najib, yang juga Perdana Menteri, sebentar tadi.
SETIAUSAHA AGUNG: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
BENDAHARI AGUNG: Datuk Ahmad Husni Hanadzlah
KETUA PENERANGAN: Ahmad Maslan
PENGERUSI-PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI: PERLIS: Datuk Seri Md Isa Sabu (muka baru) KEDAH: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (muka baru)
PULAU PINANG: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (muka baru)
PERAK: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (muka baru)
SELANGOR: Datuk Seri Najib Tun Razak (muka baru)
WILAYAH PERSEKUTUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin (muka baru)
NEGERI SEMBILAN: Datuk Seri Mohamad Hasan
MELAKA: Datuk Seri Mohd Ali Rustam
JOHOR: Datuk Abdul Ghani Othman
PAHANG: Datuk Seri Adnan Yaakob
TERENGGANU: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (muka baru)
KELANTAN: Datuk Mustapa Mohamed (muka baru)
SABAH: Datuk Seri Musa Aman
Dalam pada itu, antara anggota MT yang dilantik ialah:
- Datuk Kamilia Ibrahim (Wanita)
- Datuk Razali Ibrahim (Pemuda)
- Dr. Wan Norashikin Wan Nordin (Puteri)
- Datuk Seri Dr. Rais Yatim
- Datuk Seri Nazri Aziz
- Datuk Jamil Khir Baharom
- Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
- Datuk Seri Ali Rustam
- Tan Sri Rafidah Aziz
- Datuk Seri Ghani Othman
- Datuk Seri Shahidan Kassim
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan