Sabtu, 18 April 2009

Tarif elektrik kekal - TNB

BERNAMA


KUALA SELANGOR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengekalkan kadar tarif elektrik sedia ada selagi harga minyak, gas dan arang batu tidak berubah, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh hari ini.

Beliau berkata, apa yang penting bagi agensinya sekarang adalah memastikan keberkesanan penggunaan elektrik.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengadakan perbincangan bersama TNB baru-baru ini berhubung isu (kenaikan kadar tarif elektrik) dan maklum balas yang saya bagi ialah TNB akan cuba mengekalkan kadar tarif elektrik sebaik mungkin," kata Che Khalib kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemantapan Program Pintar TNB di sini, hari ini.

Kerajaan menerusi Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi baru-baru ini mengumumkan penurunan kadar tarif elektrik sebanyak 3.7 peratus daripada 32.5 sen/kWj kepada 31.31 sen/kWj, mulai 1 Mac 2009.

Bekas menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor dilaporkan berkata, tarif bagi pengguna domestik turun purata 2.54 peratus manakala tarif untuk pengguna komersial dan industri masing-masing turun 2.7 peratus dan 5 peratus.

1 ulasan:

adi5730 berkata...

Kepala Butt TNB nak pikiar untung saje... dulu harga minyak naik dia lembaga pengarah nak minta naik, sekarang harga minyak dah turun tapi takrif elektrik tak turun lagi ...ni apa hal nie dok tipu smua orang nie...kalau tnb tak turun tarif ...harga barang tak akan turun dan akan bertambah naik.. gaji tak naik.. apa le punya pengurusan ni . buat susah rakyat aje...aku pon tau nak buat bagi untuung . lepas geramm...bangang btul