Ahad, 8 Februari 2009

Setahun Berlalu, Adakah BN Menipu?

SM Noor


Hulu Terengganu – Tanggal 3 Februari, 2008, ketika hampir sebulan dari tarikh pilihanraya umum (PRU) ke 12, bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh (Deris) telah mengheret Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Badawi (Pak Lah) untuk merasmikan beberapa program propaganda yang dijangka memberikan impak kepada PRU.

Disamping merasmikan projek mega ratusan juta yang dibiayai oleh wang royalti, Taman Tamadun Islam (TTI), Pak Lah juga terpaksa ’berlari’ sekejap ke Hulu Terengganu untuk Majlis Pecah Tanah dan Perletakan Batu Asas Politeknik Hulu Terengganu.

Program hebat bagi ‘orang hulu’ telah di kerah beramai-ramai untuk bersusun berbaris di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Jeneris, menyambut ketibaan Pak Lah, dengan pelbagai aturcara hebat yang dikatakan disusun oleh Deris sendiri.

Maka, berbarislah Puteri dan Wanita UMNO bersalam-salaman bukan sahaja dengan Jeanne tapi puaslah tangan gadis-gadis dan isteri-isteri orang dijamah oleh Pak Lah.

“Hulu, hulu leni bukan macam dulu dah, hulu le ni ada politeknik, YAB tadi telah disambut oleh generasi baru Terengganu, yang boleh empat bahasa, adalah pelajar-pelajar dari sekolah Imtiaz

“Inilah yang dikatakan Dato’ Seri (Pak Lah) sebagai modal insan mentaliti kelas pertama yang sedang dilaksanakan di negeri Terengganu sekarang ini”kata Deris dalam ucapan alu-aluannya mengangkat dirinya sendiri.

“Apa yang dulu menjadi impian dan cita-cita, kini menjadi realiti, tahniah kepada Terengganu, negeri Terengganu akan muncul dari negeri yang kurang membangun, satu pembangunan yang tak pernah lihat di negeri ini,

“Ini adalah satu janji Pak Deris kepada saya, unuk mewujudkan masyarakat ulul-albab,” kata Pak Lah pula memuji-muji Idris.

Tinjauan Buletinonline ke tapak tersebut baru-baru ini, bukan bangunan yang telah didirikan, tapak pun belum dibuat lagi.

“Tak tahulah bila akan buat, kata ketua kampung tahun ini, tapi tak tahulah bila,”kata seorang peniaga warung di tempat menunggu bas, berhampiran dengan SMK Kuala Jeneris.

"Yang duk buat tu, bukan Politeknik, tu kuaters guru, sekolah,"tambah beliau bila diajukan pertanyaan apa bangunan yang sedang dibina dibawah tapak Politeknik Hulu Terengganu.

Kini, setahun sudah berlalu, janji-janji pemimpin UMNO.

Deris sudah tidak ada, Pak Lah juga bakal tiada. Dato’ Mustapha Mohammad ketika itu Menteri Pengajian Tinggi kini telah bertukar menjadi Menteri Pertanian.

Begitu juga janji untuk membangunkan Politeknik Hulu Terengganu yang masih lagi tiada hingga kini !

Tiada ulasan: