Ekmal Yusof
TAIPING - Dewan Pemuda PAS Perak telah bertekad untuk menumbangkan penubuhan 'kerajaan haram Umno-BN' di negeri ini dengan habis-habisan.
Keputusan berani dan drastik itu telah dibuat dengan persetujuan sebulat suara oleh Dewan Pemuda PAS Perak yang bersidang sempena majlis Usrah di Markas Tarbiyah PAS Air Kuning dekat sini malam tadi.
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Haji Nor Azli Musa menyatakan perbuatan Umno-BN tiada bersopan merampas secara jijik serta licik yang sama seperti merompak di siang hari sebuah Kerajaan Pakatan Rakyat Perak ketika sedang disayangi dan popular di kalangan rakyat berbilang kaum.
"Tindakan tersebut adalah amat mengecewakan rakyat di mana mereka telah bersusah payah untuk mengundi memilih Pakatan Rakyat tetapi dengan tiba-tiba telah dihancurkan idaman murni itu ke dalam pimpinan yang rakus dan kejam terhadap rakyat,"tegasnya.
Dari itu, Nor Azli menyatakan pihak pemuda tidak akan berdiam diri apabila hak kuasa rakyat itu dinodai sewenang-wenangnya malah akan diperangi kesnya di mahkamah hingga berjaya.
"Kami Pemuda tidak gentar berhadapan ke mana sahaja untuk menegakkan keadilan dan kesucian maruah kerajaan Pakatan Rakyat yang telah pun hampir usianya sebelas bulan dimusnahkan dalam sekelip mata oleh pemimpin yang gila kuasa tanpa maruah diri,"tegas Nor Azli. - mks. _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan