Khamis, 5 Februari 2009

Ong diselar keluar kenyataan berbeza isu LCCT

BERITA HARIAN ONLINE


GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyelar Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat kerana mengeluarkan fakta berbeza berhubung pembinaan Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) di Labu, Negeri Sembilan.

Guan Eng dalam sidang media di pejabatnya di sini, hari ini, berkata kenyataan Ong bahawa pembinaannya diluluskan Kabinet jelas berbeza dengan kenyataan dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berkata sebaliknya.

"Sehingga sekarang beliau masih mengatakan bahawa pembinaannya diluluskan Kabinet, walaupun Timbalan Perdana Menteri sudah mengatakan ia belum diluluskan lagi.

"Ini perkara serius (buat pengumuman palsu) kerana ia membabitkan kepentingan orang ramai dan dasar kerajaan," katanya.

Tiada ulasan: