MALAYSIA KINI
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 19 Februari ini untuk sebutan semula kes penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin melibatkan kes memfitnah isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Rosmah Mansor dan dua orang lagi.
Hakim Mohammad Sekeri Mamat membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwaraya, Amir Nasruddin, memohon bagi menunggu keputusan yang akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi pada 13 Februari ini berhubung permohonan pemindahan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Majistret, lapor Bernama.
Raja Petra, editor portal Malaysia-Today, dituduh di Mahkamah Majistret pada 17 Julai memfitnah Rosmah dan juga pegawai pengiring Rosmah, Lt Kol Norhayati Hassan dan suami Norhayati Lt Kol Abdul Aziz Buyong, dalam satu akuan berkanun di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 10.25 pagi 18 Jun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan